Dec 23, 2009

PERALATAN TENTERA LESAP ,CERMIN KEPIMPINAN BN

Dua enjin pesawat tempur, pelancar grenad dari kes Al-Maunah, dan bom peledak C4 dari kes Altantuya Shaariibuu adalah sampel peralatan militer jutaan ringgit yang hilang dibawah pengawasan pasukan keselamatan negara.

Pakatan Rakyat berpendapat kegagalan melindungi aset ketenteraan dari jatuh ke tangan musuh mencerminkan sejauh mana ampuh kesungguhan pemerintah mempertahankan kedaulatan negara.

“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanya memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Agensi berita AFP melaporkan peralatan tentera bernilai jutaan ringgit dipercayai telah dijual ke pasaran gelap.

Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata kecurian dua enjin pesawat tempur F-5E TUDM baru-baru ini dipercayai berlaku pada 1 November 2007.

Dibawa keluar dari Skuadron ke-12 Butterworth, dua enjin terbabit dipercayai hilang ketika menunggu giliran untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Namun kecurian ini hanya disedari pada Mei 2008. Laporan polis hanya dibuat tiga bulan kemudian.

“Kementerian Pertahanan yang kita tahu melibatkan pembelian-pembelian barangan yang amat bernilai tinggi dan bajet yang tinggi sebelum ini, saya melihat di sini berkemungkinan ada perkara-perkara yang cuba dibendung daripada pengetahuan umum,”kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Kementerian Pertahanan melaporkan empat individu termasuk pegawai TUDM ditahan berhubung kes ini.

Liputan media bagaimanapun tidak menyeluruh, disebalik janji pemerintah untuk tidak menutup kes ini dari pengetahuan awam.

Panglima Angkatan Tentera Azizan Ariffin berkata kecurian dua enjin pesawat tempur ini hanyalah sekelumit dari laporan audit yang mendedahkan lebih banyak peralatan tentera gagal dikesan.

“Secara keseluruha saya melihat ketika mana Najib menerajui Kementerian Pertahanan dia banyak terpalit dengan perkara-perkara yang menunjukkan bahawa sisitem keselamatan ketenteraaan amat lemah sekali . ini sedikit sebanyak membuktikan beliau tidak mampu menerajui negara apatah lagi kementerian yang hanya merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pertama negara,”katanya Yusmadi.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi akui bahawa ada lagi komponen jet F-5E yang masih hilang.

Turut hilang adalah rekod perkhidmatan dan penyelenggaran pesawat terbabit. Ia disedari hilang selepas komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Zahid berkata komponen ini telah dihantar ke Amerika Selatan, dan pembeli enjin itu mempunyai pejabat di Malaysia dan cawangan di negara-negara jiran.

“Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

“Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya Nizar

No comments:

Post a Comment