Dec 7, 2009

ARIFFAHMI, LETAK JAWATAN SEGERA :MAHFUZ



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini dan tarikh akhirnya di perbadanan itu pada 23 Mac tahun depan.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.

Seorang penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang bertembung dengannya secara terbuka, menyifatkan pengumuman itu sebagai "sandiwara Nik Abdul Aziz".SUMBER MALAYSIA KINI

No comments:

Post a Comment