Dec 5, 2009
PENCURI TAKUT PECAH PERUT
Teringat dulu dulu orang Kampung aku kalau hilang barang maka di minta baca Yasin ramai ramai dan ada juga yang minta biar pencuri tersebut Pecah Perut atau pulang balik barang yang di curi.
Ada pihak yang seperti takut dengan doa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yamg memohon kepada Allah ST agar memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Adakah pihak yang takut itu bimbang dengan doa TG Nik Aziz diatas kewarakan ulama itu dan takut ianya akan dimakhbulkan oleh Allah?(ADA CURI HASIL KOT)
Jikalau mereka merasakan bahawa mereka adalah di pihak yang benar dan menganggap tindakan kerajaan pusat itu tidak zalim dan tidak menglanggar perjanjian antara kerajaan negeri, kerajaan pusat dan Petronas itu itu tidak salah, kenapa mereka tidak sahaja bermohon agar TG Nik Aziz diberi hidayah agar paham dengan terma-terma yang terkandung didalam perjanjian perjanjian tersebut.
Seperti mana yang terjadi kepada negeri Terengganu, Kelantan juga hanya akan diberikan wang ehsan setelah hasil mahsul negeri itu disedut di luar pantai negeri tersebut. Tetapi, kenapa pula semasa Terengganu di bawah pentadbiran Umno, mereka diberikan royalti. Begitu juga dengan negeri-negeri di Malaysia Timur juga diberikan royalti dan bukannya wang ehsan?Tidak dinafikan kenyataan tegas MB Kelantan ini pastinya menggoncang ketenteraman Najib dan bininya. Perlu difahami secara mendalam apakah di sebalik ketegasan Nik Aziz dalam mempertahanan hak rakyat Kelantan berhubung isu royalti ini.
Ketegasan Nik Aziz ini amat wajar bagi memberi 'pengajaran terbaik' kepada Rejim Zalim UMNO yang sedang berkuasa hari ini. Jangan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang dan perjanjian dengan niat jahat untuk merampas hak Kerajaan Negeri dan rakyat Kelantan. Sejarah penarikan semula royalti minyak di Terengganu sewaktu PAS memerintah membuktikan betapa jahatnya pemimpin UMNO ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment