Jul 2, 2009

UMNO TAKUT UNTUK BERHUJAH

SHAH ALAM - Tindakan UMNO menolak cadangan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat membuktikan parti tertua di negara itu tidak mempunyai hujah untuk berdebat dan takut bersemuka dengan pemimpin Pas.

:Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, sejarah telah membuktikan bahawa cadangan Pas untuk bersemuka dengan UMNO melalui siri debat gagal disebabkan penolakan di pihak UMNO.

:Menurutnya, susah untuk mencari pemimpin dalam UMNO yang berani untuk berdebat seperti anak jantan kerana pada masa lalu sewaktu timbul isu kafir mengkafir, Pas bersetuju untuk debat tanpa syarat dan atas apa tajuk sekalipun.

:Bagaimanapun akhirnya debat dibatalkan kerana UMNO menarik diri.

:“Saya teringat sewaktu debat Pas dan UMNO hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu, waktu itu saya baru tahun pertama di UKM, UMNO telah panggil orang-orang agama dalam UMNO termasuk pensyarah universiti yang pro UMNO.

:“Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa UMNO memang tidak ada hujah untuk melawan dengan Pas, kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk membantu pendebat UMNO,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, debat yang dicadangkan Pas itu tidak memberi sebarang faedah dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.:

:Kenyataan Najib yang juga Presiden UMNO itu susulan cadangan Nik Aziz agar diadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan UMNO.

:Idris berkata, Najib sepatutnya berani berdebat dengan Nik Aziz kerana ia adalah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada.

:“Bukan kita tidak tahu memang UMNO penakut kerana sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil UMNO-BN lari tidak bertangga,” katanya.

No comments:

Post a Comment