Jul 22, 2009

SURUHAN JAYA BEBAS ISU BENG HOCK: PEMUDA UMNO SETUJU

Cadangan Pakatan Rakyat supaya ditubuh Suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock mendapat sokongan pelbagai pihak. Semalam, Naib Ketua pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyatakan sokongan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya diraja bagi menjamin ketelusan siasatan. Ia juga penting bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku dan memburukkan keadaan. Menurut ahli Parlimen Muar itu juga, penubuhan Suruhanjaya ini juga boleh mengelakkan penipuan di dalam siasatan.

Hampir senada dengan pemuda Umno, Naib Presiden Parti itu Dato Seri Hishamudin Husin juga menyokong penubuhan suruhanjaya ini. Namun secara peribadi beliau lebih bersetuju ditubuhkan suruhanjaya ini selepas siasatan yang dilakukan oleh pihak polis masih menimpulkan persoalan yang tidak berjawab. Walaubagaimana pun beliau telah menyatakan persetujuan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Seawal itu lagi, Presiden Parti Gerakan bersetuju supaya sebuah badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kematian Beng Hock. Menurut beliau, ia penting bagi mengelakkan hilang keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan khususnya SPRM. Malah terdapat ramai lagi pemimpin parti-parti kompenen BN menyokong ditubuhkan suruhanjaya bebas ini.

Ini menunjukkan desakan Pakatan Rakyat terdiri daripada Pas, PKR dan Dap supaya berlaku ketelusan dalam siasatan ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja disokong oleh parti-parti kompenen BN. Oleh itu tidak timbul isu ini dipolitikkan atau diambil kesempatan oleh pembangkang. Sebaliknya menjadi keperluan kerajaan untuk segera menubuhkan Suruhanjaya ini tanpa banyak soal lagi. Abaikan Ibrahim Ali dan lain-lain pengampu yang menentang desakan ini.

No comments:

Post a Comment