Jul 15, 2009

PENGAJARAN BUAT MANIK URAI


Suatu yang kita tidak boleh nafikan oleh ahli ataupun pimpinan PAS ialah kemerosotan undi menyebabkan jurang majoriti terhakis begitu besar daripada iaitu 1352 undi kepada 64 undi. Undi PAS merosot agak teruk terutamanya di kawasan-kawasan 'hardcore PAS'. Ia pengajaran buat kita.



Walaupun PAS menang, UMNO sudah pasti mendabik dada dan berbangga kerana mampu melebarkan jurang perbezaan undi yang sebegitu besar. Walaupun PAS menang, tetapi bukan kemenangan yang di fokuskan dalam media arus perdana, tetapi "kemenangan tipis" itu yang di war-warkan.



Walaubagaimanapun, BN lupa bahawa sebenarnya mereka merosot beberapa undi di kubu kuat mereka. Sebagai contoh di Manjor UMNO sebenarnya merosot 16 undi di saluran 1 dan merosot 106 undi di saluran 2. Jumlah undi PAS juga hanya merosot sebanyak 398 undi. Suatu kemerosotan yang masih kecil.



Tidak kita nafikan juga sememangnya peningkatan undi BN yang agak besar iaitu sebanyak 889 faktor penting kemenangan BN selain undi pos yang menjadi modal tetap mereka (BN mendapat 35 undi daripada 36 undi).



Ini bermakna BN tidak boleh terlalu yakin dengan kemengan ini. Jika PAS merosot agak teruk hari ini, BN juga pernah tewas teruk pada tahun 2008 selepas menang pada tahun 2004.



Apa yang penting PAS semamangnya akan terus bangkit membina balik tembok yang telah runtuh khususnya di Manek Urai. Kemerosotan ini akan membina semangat para petugas PAS untuk terus bekerja ke arah kemenengan.



Abe Uji semestinya akan melihat ini sebagai satu cabaran dan peluang untuk meraih kembali serta menambah 398 undi yang hilang. Maka UMNO/BN akan menghadapi satu lagi gelombang tentera PAS yang lebih hebat dan lebih panjang berbanding pilihan raya umum ke-12. Bersediakah UMNO?

No comments:

Post a Comment