Jul 4, 2009

PEMUDA UMNO SAMSENG


Bila kita cakap yang UMNO ni sinonim dengan rasuah, jenayah dan gengsterisme, ramai orang tak caya. Mereka kata kita saja buat cerita fitnah untuk burukkan UMNO. Inilah masalahnya kalau sudah diperbodohkan oleh UMNO lebih setengah abad. Mereka hanya nampak UMNO sajalah yang baik dan boleh bela orang Melayu. Porahhh...


Nah, apa yang berlaku di Bukit Katil, Melaka membuktikan betapa samsengnya Pemuda UMNO Bukit Katil yang bertindak memecahkan meja Kaunter Pendaftaran Pemilih yang dibuka oleh DAP dan PAS.

Apa masalahnya sehingga menyerang orang tak tentu pasal. DAP dan PAS bukannya berkempen pada pengunjung pasar malam agar mengisi borang ahli tetapi mereka membuka kaunter pendaftaran pemilih. Apa salahnya. Dan terbukti ianya tidak menyalahi undang-undang apabila terdapat beberapa orang wakil Majlis Bandaraya dan anggota Polis yang bertugas di situ tidak menghalang pun kaunter tersebut untuk dibuka.

Inilah penyakit kronik yang sedang melanda ahli UMNO. Mereka ingat negara ini macam dia punya dan boleh melakukan apa saja yang disuka tanpa menghiraukan undang-undang. Sebenarnya apa yang mereka lakukan terhadap DAP dan PAS di pasar malam itu akan menyerlahkan lagi keburukan UMNO itu sendiri. Sudah tentu para pengunjung yang berada di pasar malam itu dapat melihat sendiri bagaimana buruknya tingkah-laku Pemuda UMNO yang menyerang orang tak tentu pasal.

Bukan setakat orang DAP dan PAS saja yang dimaki malah wakil Majlis Bandaraya dan anggota Polis yang berada di situ pun turut sama dimaki oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil.

Berikut adalah laporan berita yang disiarkan oleh malaysiakini ;

1- Pemuda UMNO Akui Pecah Meja DAP

2- PAS Melaka : Pemuda UMNO 'ganas'

No comments:

Post a Comment