Feb 1, 2013

NASIB PESARA ASKAR MELAYU SEPERTI DIHUJUNG TANDUK


Nasib malang yang menimpa orang Melayu bagaikan tiada noktah.walaupun negara diperintah dan kuasa sepenuhnya ditangan Melayu namun ia bukan jaminan  untuk dapat membela nasib melayu.Parti keramat Melayu sudah terselah tidak relevan kepada melayu dan juga kerajaan pemerintahannya..Apatah lagi bila Melayu itu berada di negeri yang memang dikenali dunia sebagai penyokong tegar parti ketuanan melayu.


Masyarakat Melayu segenap lapisan masyarakat mengalami situasi yang amat tidak menyenangkan gara-gara kerakusan kepimpinannya.Birokrasi baik dalam menguruskan negara ataupun birokrasi melibatkan kepentingan awam sudah tidak diurus dengan sempurna hingga akhirnya melayu sendiri menerima akibatnya.

Pelik lagi hairan apabila satu aduan yang dilaporkan oleh seorang bekas tentera Melayu kepada penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Mahkota Saudara Khairul Faizil Ahmad Kamil mengenai kewarganegaraannya yang dilucutkan.Sidang media telah diadakan di pejabat Pas Kluang dan turut hadir dalam sidang media tersebut pengerusi PAR negeri Johor saudara Syed Othman Abdullah.


Mengikut laporan polis yang dibuat oleh pengadu Abu Samah Bin Dali 57 tahun,beliau mula berkhidmat dengan tentera pada 20hb februari 1978 dan telah ditamatkan perkhidmatannya pada 24hb februari 1992 atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam regulation 49(1) Amy and Airforce term of service regulation dan telah diberi pampasan 2 kali sebanyak RM44 ribu.

Baru-baru ini,beliau menghubungi pejabat bekas-bekas tentera di kuala Lumpur (kementah) untuk menyemak nama beliau samada beliau layak menerima saguhati tetapi amat mengejutkan apabila beliau dimaklumkan oleh ketua staf perkhidmatan anggota bahawa beliau telah hilang taraf kewarganegaraan dan juga keistimewaan sebagai pesara tentera kerana penamatan beliau dulu semasa dalam perkhidmatan tentera dibuat atas sebab-sebab regulation 49(1).

Berdasarkan maklumbalas tersebut beliau berkata dalam sidang media tersebut bahawa tiada perjelasan kukuh diberi oleh ATM kepadanya kenapa beliau dilucutkan keistimewaan dan kewarganegaraan mengikut peruntukan yang dinyatakan itu.Beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap ATM kerana mencalar maruahnya sebagai tentera yang berjuang demi mempertahankan negara dan berasa begitu hina apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Menurut Khairul Faizi Ahmad Kamil yang juga setiausaha dewan pemuda pas malaysia,kementerian dalam negeri (KDN) hanya mempunyai kuasa untuk melucutkan sesuatu kewarganegaraan tetapi ia mesti mempunyai sebab-sebab munasabah.Seorang pesara tentera seperti pengadu yang sudah menjengkau usianya dan tiada menujukkan tanda-tanda membahayakan negara boleh dilucutkan kewarganegaraan dengan begitu sahaja.

Manakala pengerusi PAR Johor Syed Othman Abdullah berkata beliau meminta campurtangan kementerian dalam negeri (KDN) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengadu ini.

Seorang pesara askar Melayu yang telah berkhidmat untuk negara selama 11 tahun dinafikan segala haknya.Ini bukan sesuatu yang pelik kalau keistimewaan itu tidak diberi tetapi kewarganegaraan yang dilucutkan, itu sesuatu yang amat pelik didengar.Adakah pesara tentera ini pernah khianat kepada negara semasa dalam perkhidmatannya atau beliau pernah sebotaj operasi ATM?walaubagaimanapun sekiranya pengadu tiada terlibat dalam mana-mana aktiviti haram semasa berkhidmat, ia amat menyedihkan kepada seseorang bekas tentera yang jasanya tidak dihargai..

Persoalannya,ramai pesara tentera yang mengeluh nasib mereka tidak dibela serta jasa mereka juga tidak dihargai setelah bersara, adakah ini salah seorang daripadanya?


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

3 comments:

  1. Parti bangsat umno bn haram jadah mana ada masa nak tolong orang macam bekas tentera pada mereka tak berbaloi, jadi kpd semua warga bekas tentera tak kira pangkat kita undi pakatan rakyat kita humban umno bn dlm tong najis. Bersama kita berubah kpd kerajaan pakatan rakyat. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  2. Azab Sengsara Kerana Rakyat= ASKAR

    ReplyDelete
  3. Azab Sensara Kau Akan Rasa

    ReplyDelete