PAS kawasan pasir gudang digemparkan dengan lakonlayar segerombolan anak muda yang mengaku diri mereka ahli PAS cawangan Taman cendana dengan berhimpun kononnya membantah kalimah Allah di perkarangan masjid jamek taman cendana pagi sabtu lepas.Himpunan oleh segerombolan anak muda yang tidak dikenali itu memegang sepanduk dan banner dengan ayat-ayat mengutuk pimpinan DAP dan Keadilan dan mendesak agar pas keluar dari pakatan rakyat.
Kelihatan jelas diraub wajah mereka yang berhimpun itu tidak sedikitpun mengambarkan mereka ini ahli pas kerana tingkahlaku yang memalukan.Menurut saksi yang berada di lokasi himpunan tersebut,Pemuda yang hadir dalam himpuan tersebut ada yang berambut terpacak,ada skinhead tetapi dipakaikan dengan songkok supaya tidak jelas kelihatannya.
kelakuan dan berpakaian pula mirip pemuda parti gerombolan.sekali imbas jelas ketara mengambarkan mereka ini langsung tidak berimejkan ahli pas tetapi ketara gayanya lebih dari segerombolan yang diupah. Himpunan tersebut mendapat liputan meluas dari media cetak dan juga turut disiarkan temuramah salah seorang daripada mereka yang bernama Razak Mansur dalam berita buletin utama TV3.
Penyamaran serta penipuan mengaku sebagai ahli pas menunjukkan terdesaknya mereka ini dalam usaha memburukkan Pas khususnya pakatan rakyat.malah penyamaran mereka sebagai ahli pas cawangan taman cendana terkantoi kerana pas cawangan taman cendana tidak pernah wujud. Mungkin dalam kotak pemikiran mereka mudah untuk mengakui serta menyamar sebagai ahli pas sepertimana mudahnya menjadi ahli umno.
Pas sebagai jemaah Islam sejak dulu lagi ada peraturanya sendiri bagi mencorakkan ahlinya.Kekuatan ahli PAS dibina melalui Usrah dimana ilmu Islam itu diterapkan sebagai matlamat perjuangan dan juga dalam kehidupan bersiyasah.Ia juga bagi memantapkan ukhuwah hingga boleh menjadi satu ikatan kekeluargaan.Mustahil bagi ahli pas yang sekian ramai dipasir gudang tidak mengenali antara satu dengan yang lain hatta anak-anak dikalangan ahlipun sudah dikenali dan dicam.
Oleh kerana itu,apabila penyamaran berlaku seperti ini, amat mudah dikenalpasti siapa dalangnya.Permainan politik murahan mengundang banyak presepsi buruk terhadap pelakunya bukan terhadap pas.Pas melihat pembuatan mereka semata-mata sebagai ingin memecahbelahkan keharmonian pakatan rakyat.Rakyat sudah dapat menilai walauapapun penyamaran maupun tindakan menjual nama pas.ia tidak akan memerangkap pas dari terus berjuang bersama gabungan dalam pakatan rakyat.
Apabila nyawa sudah dihujung hayat maka berbagai tektik kotor dipersembahkan demi untuk mengekalkan kuasa.Peristiwa yang berlaku ini tidak akan mengugat pas pasir gudang dalam misinya untuk menawan dun permas khususnya untuk membantu pakatan rakyat dalam cita-citanya untuk menawan nusajaya.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
No comments:
Post a Comment