Feb 8, 2013
KHALID NORDIN DALAM MISI MENGEJAR KERUSI MENTERI BESAR JOHOR
Teka-teki bertebaran dikalangan rakyat Johor,siapa yang akan mengantikan Ghani Othman sebagai menteri Besar Johor setelah tamatnya PRU13 nanti.Beberapa nama pimpinan UMNO Johor di peringkat pusat yang sedang memegang jawatan menteri kabinet telah dinamakan sebagai calon penganti kepada Ghani othman yang telah menjawat jawatan tersebut sejak 1995.
Dikhabarkan Jawatan Menteri Besar Johor tidak sama dengan jawatan menteri Besar yang lain di Malaysia.Ia sukar dan paling mencabar kerana ia harus menjaga hubungan dengan ramai pihak.Antaranya hubungan dengan Singapura,pelabur asing dan yang paling mencabar sekali menjaga hubungan dengan Sultan Johor.
Abdul Ghani, yang dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.Umun mengetahui sebelum pru12 yang lalu,nama khalid Nordin telah dihebahkan oleh media tempatan sebagai calon untuk mengantikan Ghani malah namanya sudah terpapar di muka depan akhbar setiap hari ketika itu sebagai calon yang berpotensi.
Untuk merelisasikan cita-cita sebagai menteri besar beliau harus turun bertanding di dun dan melepaskan kerusi parlimennya.Desas-desus dari Umno bahagian pasir gudang,khalid akan diturunkan bertanding di kerusi pilihan di dun permas.Ini membolehkan beliau untuk ditabal sebagai menteri besar jika is memenangi kerusi tersebut.Tetapi beliau harus berdepan dengan pencabar utama beliau dari PAS.Syed Othman Abdullah aktivis masyarakat yang sudah dikenali dan senonim dengan masyarakat berbilang bangsa di pasir gudang malah di negeri Johor.
Dun permas secara trdisinya adalah kerusi milik MIC sekian lama.Adakah akan berlaku pertukaran kerusi dengan MIC.Diantara yang disebut selain dari khalid,Yb Nur Jazlan Muhammad,Anak kepada mantan menteri penerangan dato muhammad rahmat.Beliau adalah ahli parlimen pulai tetapi yb Nur jazlan tidak mempunyai peluang yang cerah kerana beliau terpalit dengan banyak skandal.selain dari itu juga nama ahli parlimen mersing dr abdul latif ahmad juga disebut tetapi dato abdul latif sejak awal-awal lagi tidak menunjukkan minat untuk jawatan menteri besar.
Sekiranya khalid berhasrat untuk menjadi menteri besar adakah beliau sanggup mengambil risiko untuk bertanding di dun dan melepaskan kerusi parlimennya.Adakah beliau amat yakin untuk menang serta ditabalkan sebagai menteri besar yang baru.Sekiranya beliau memenangi kerusi apa pun di dun tetapi tidak dilantik sebagai menteri besar beliau akan menjadi wakil rakyat biasa.Adakah beliau sanggup menerima risiko ini?
Dalam perebutan kerusi dun permas tersebut,sudah tidak menjadi rahsia kerana kerusi permas itu adalah kerusi idaman UMNO sejak dulu.sanggupakah MIC memberi kerusi permas kepada UMNO?kalau sudah diserah kepada UMNO bermakna jangan harap untuk mendapatkannya kembali.MIC juga sedang memikir langkah seterusnya samada menimbang tawaran kerana mereka pasti mengetahui sekiranya kerusi itu diserahkan kepada UMNO,tindakan mereka akan membuatkan penyokong tegar mereka akan berubah arah.
Walauapapun gimmik yang dipersembahkan,kerusi menteri besar Johor tidak akan berubah dan akan terus disandang oleh Ghani sepertimana yang berlaku pada pru12 lalu dan ini hanyalah sebagai gimmik UMNO untuk menghiburkan rakyat menjelang dekatnya pru13.
Apapun pertukaran berlaku,ia tiada membawa apa-apa makna untuk rakyat.Apa yang rakyat mahu dan kehendaki ialah kerajaan UMNO harus ditukar demi untuk masa depan rakyat.
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment