UMNO kian terdesak,mengeleter setiap nadi takutkan kehilangan kuasa.Pencacai parti keramat melayu sudah mengetahui jangka hayat sudah dihujung tanduk....Apa sahaja cara dan kuasa yang ada digunakan sepenuhnya bagi meraih sokongan rakyat hinggakan sanggup menipu serta memperkudakan badan kerajaan serta kakitangannya bagi membantu berkempen dan dijanjikan imbuhan untuk menjadi kuda tunggangan.
Inilah yang berlaku kepada ibubapa pelajar sekolah Rendah kota Masai 2 pasir gudang.Ibubapa wajib hadir kononya satu sesi program motivasi UPSR pelajar-pelajar bersama ibubapa diadakan.Hajat Ibubapa yang hadir hanyalah untuk mendengar ceramah motivasi agar memperolehi manfaat berguna dan suntikan semangat bagi mendidik anak-anak mereka agar berjaya dalam peperiksaan yang akan datang.
Apabila program tersebut bermula betapa kecewanya ibubapa ini bila didapati ceramah motivasi yang sepatutnya menjadi medan diskuasi ilmu tiba-tiba menjadi ceramah kempen politik parti setan dengan menghentam kerjaan Pakatan rakyat.
Satu Sumber sahih mendakwa guru besar sekolah tersebut Tuan hj Saadon yang mempunyai talian darah dengan seorang wakil rakyat (YB) UMNO dalam ucapannya meminta sekelian ibubapa mempertahankan kerajaan UMNO BN yang sedia ada.
Maklumat dari sumber yang diperolehi mendakwa beliau sebagai berkata dalam ceramahnya itu semua keperluan rakyat telah dipenuhi apa lagi yang rakyat mahukan. Dengan bantuan BRIM,RM100 untuk buku sekolah serta banyak lagi pemberian kerajaan demi menjaga kebajikan rakyat sudah dinikmati dan rakyat seharusnya bersyukur atas segala usaha dan pemberian kerajaan itu.
Katanya lagi, Jangan terperdaya dengan janji pembangkang dan jangan juga percaya dengan agenda pembangkang malah negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat pun tidak mampu menepati janji kepada rakyat.kalau dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh UMNO BN jauh bedanya dan rakyat yang berada dinegeri yang diperintah oleh UMNO BN menikmati arus pembangunan yang tidak terkata.
Hampa dengan penjalanan program yang diadakan itu sebilangan ibubapa bangkit bangun meninggalkan majlis kerana tidak berminat dengan celoteh politik sempit itu.Mereka tetipu dengan jemputan tersebut sedangkan mereka dijemput untuk mendengar motivasi.
Lantas beberapa ibubapa telah menghubungi penyelia PAR permas memaklumkan perkara yang belaku dan menyatakan kekesalan terhadap sekolah serta salahlaku gurubesar yang mengunakan sekolah sebagai alat politik sempit kerajaan.
Tuan hj Saadon sepatutnya meletak jawatan dari menjadi gurubesar kerana beliau tidak layak menjadi pendidik.Beliau harus tinggalkan profesion pendidik dan mencebur diri di gelanggang politik secara serius memandangkan beliau sudah menyalahgunakan kuasa sebagai gurubesar.pemikiran serta wadah beliau jauh menyimpang dari naluri sebagai pendidik anak bangsa.Tetapi guru seperti hj saadon memang disukai dan disayangi oleh UMNO.
Guru yang berpolitik diluar waktu sekolah kerap dikenakan tindakan dan ramainya yang diambil tindakan adalah dari kalangan menyokong pembangkang. Tindakan gurubesar ini yang berkempen terang-terangan didalam sekolah untuk UMNO wajar dikenakan tindakan yang sama seperti guru-guru yang menyokong pembangkang itu.
Masih teringat satu kes terjadi terhadap cikgu Maarof suami kepada calon PAS dun tenang Normala Sudirman pada pilihanraya kecil dun tenang lalu.Beliau hanya mengiringi isteri beliau berkempen sahaja tetapi telah dikenakan tindakan ditukarkan ke sekolah lain.Kalau begitu tindakan terhadap cikgu maarof,tindakan serupa perlu dikenakan terhadap tuan hj saadon ini kerana beliau jelas tanpa berselindung berkempen untuk UMNO.
Kita memang sudah mengetahui sejak dulu,kini dan selama-lamanya,tidak akan ada tindakan yang akan diambil terhadap hj saadon ini.kita sedia maklum juga UMNO dikala ini sudah tidak releven dan terpaksa mengharungi liku-liku yang teramat sukar.Walauapapun yang UMNO cuba lakukan untuk mendapat simpati rakyat,ia sudah tiada makna lagi.
Apa yang pasti kita nak jawapan dari menteri pelajaran sendiri,Adakah arahan dari beliau membenarkan semua Gurubesar dan guru berkempen hanya untuk UMNO.Perkara ini sudah berlaku dan sedang berlaku di serata sekolah di pasir gudang maupun disekitar negeri Johor.Yang pasti umpan kailnya adalah bantuan RM100 untuk pelajar sekolah.
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMEMANG UMNO TAK FAHAM2. TOLONG LA. JGN GUNA PREMIS KERAJAAN UNTUK BERKEMPEN PARTI. JGN GUNAKAN KAKITANGAN KERAJAAN UNTUK KEMPEN PARTI. JGN GUNA WANG PEMBAYAR CUKAI UTK KEMPEN PARTI. KALAU BUDAYA INI DITERUSKAN, RAKYAT TIADA PILIHAN SELAIN DRP MENUKAR PEMERINTAH DLM PRU 13 INI.
ReplyDeleteLaki cikgu mala kena tukar pasal ponteng sekolah lah.....
ReplyDeletePatut pun laki cikgu mala kena tukar......cuti sakit tapi gi kempen merata rata. Kan haram hukumnya menipu MC....
DeleteSemasa Anwar jadi menteri pelajaran dia lagi teruk guna BTN dan sekolah kempen untuk UMNO. Kita tunggu aje. Kalau Anwar jadi PM semua sekolah akan jadi markas perkaderan pakatan pembangkang. Siapa tak sokong kita pulak tukar dia ke pulau pulau. Hehehe....biasalah beb, takyah bising bising.
ReplyDeleteEkekekeke kelako la korang ni. Org Kerajaan mestilah sokong Kerajaan. Tu cikgu2 kat Kelantan Penang Kedah Selangor pun sokong Kerajaan Negeri apa... Jgn gelabah la... Ibu bapa yg call PAR tu mmg totok korang.
ReplyDeleteKo sebut2 barua2... Keluarkanlah anak2 dr sekolah tu. Yelah takut beso sok jadi barua gak. Amacam? Ada bran?
ReplyDeleteSABO JANGAN GELABAH
ReplyDeletebodohlah lu.....kalau tak nak jadi melayu ko undilah DAP ...
ReplyDeletekalau tak nak sekolah kat situ jangan hantar...asyik nak belasah kerajaan aje...ko tuh dulu keje ngan siapa?atau...agak2nya ko ni kecewa tak....kesian.....
ReplyDelete