Feb 4, 2013

PEMIMPIN UMNO PASIR GUDANG KAKI KENCING


Episod terakhir sinetron lakonan pencacai-pencacai PARTI keramat Melayu pasir gudang yang bangkit memperjuangkan nasib melayu setinggan bagaikan pahlawan Melayu terakhir.lakonlayar dicipta bagi mengaburi mata penduduk setinggan serta macai bawahan yang jiwa serta mata hati mereka sudah digelapkan oleh parti setan ini.Lakonan mantap yang cuba ditayangkan untuk dijadikan bukti mereka wira kepada bangsa melayu serta mengangkat diri mereka sebagai hulubalang yang membela kedudukan dan nasib melayu.


Umum mengetahui tipu helah parti setan ini dulu,kini dan selama-lamanya,tindakan dilakukan hanyalah untuk menyelamatkan diri mereka yang tersepit.Sinopsis jalan cerita yang sama sentiasa ditayangkan berulangkali oleh watak-watak pengampu bila hampirnya dengan PRU.kemelut KETUA CAWANGAN UMNO di pasir gudang yang memgugut untuk memboikot dari membuka bilik gerakan pilihanraya mendapat liputan meluas oleh pihak media.Tindakan mereka itu mendapat respon kepimpinan tertinggi syura parti setan lantas ketua propaganda parti itu Ahmad Maslan yang memberi amaran agar mereka akan dikenakan tindakan kerana menyifatkan perbuatan mereka umpama sebotaj kepada parti.


Muncul hulubalun anak muda awang hitam,Rohazam selaku ketua pemuda UMNO pasir gudang yang menyokong tindakan para pencacai ini menutup bilik gerakan dan membidas kenyataan Ahmad maslan.Dalam kekecohan di media itu Ketua bahagian umno yang juga menteri kabinet Malaysia Khalid Nordin hanya senyap membisu.Beberapa ketika kemudian barulah beliau bersuara menjelaskan kedudukan dan perkara sebenar nasib 9 kampung setinggan itu.


Amat memeranjatkan apabila beliau menyebut dalam  kenyataannya penyelesaian kemelut permasalahan kini diperingkat akhir untuk dimuktamadkan kerana tanah yang dijanjikan sudah dikenalpasti tapak bagi mengantikan tanah yang sama nilainya.Dalam kenyataan itu juga beliau berkata permasalahan kini sudah diperingkat akhir untuk dimuktamadkan dan beliau memahami penduduk mahukan kepastian jaminan secara hitam putih daripada kerajaan.

Terungkai sudah segala jawapan untuk segala persoalan,adakah penduduk  faham dengan kenyataan khalid apabila beliau menyebut tapak dikenalpasti bagi mengantikan tapak tanah? Ini maksudnya tanah sudah tergadai dan tiada peluang untuk menuntutnya kembali kecualilah dengan diganti dengan tanah lain.Mana berani si khalid ini membuat sesuatu kerana tanah yang digadai itu  sudah dalam genggaman para kapitalis yang ada sangkut paut dengan pemimpin besar mereka.

Apa maknanya majis penyampaian borang 5A yang dianjurkan oleh segerombolan UMNO pasir gudang untuk penduduk kampung setinggan yang disampaikan sendiri oleh khalid baru-baru ini padahal beliau sudah mengetahui sejak awal lagi tanah setinggan itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi.Majlis ini pastinya untuk mengaburi mata-mata penduduk melayu setinggan agar sentiasa menyokong mereka.Pembuatan ini terang-terangan satu gimmik dan sedihnya sanggup menipu melayu setinggan yang  mengharapkan pembelaan dari mereka.



Hulubalun pemuda PARTI ketuanan melayu pasir gudang..layak digelar apa ya!!!!!
Watak pelakon tambahan ketua gerombolan cawangan Umno ini yang kononya memboikot bilik gerakan sudah lama diketahui membuat onar dan taik dengan mengambil kesempatan terhadap penduduk setinggan.Penduduk mendakwa sejak sekian lama orang-orang tertentu mengutip bayaran bagi mengukur lot-lot tanah mereka bagi memohon untuk mendapatkan geran hakmilik tanah.

kenyataan terbaru khalid ini  membuatkan penduduk setinggan tersentak sejenak begitu juga mungkin para pencacai yang telah lama beronar.Penduduk mula mempersoalkan kutipan bayaran mengukur lot tanah mereka dahulu.Inilah persoalan yang sedang bermain dalam kotak fikiran penduduk melayu setinggan.

Demi untuk menutup lubang penipuan besar ini ,pencacai kian terasa bahang kepanasan dan sedang merangka untuk mencari helah maut. pencacai umpama anjing yang tersepit,terpaksalah mencari sesuatu tindakan drastik bagi melepaskan diri.Tidak logik dan masuk akal,tindakan memboikot bilik gerakan untuk PRU dibuat sebelum terbubarnya parlimen.tindakan yang tidak kena pada masanya dan hanya menunjukkan kebodohan kepala otak mereka yang memang sudah bodoh lagi bangang.

Hanya retorik dan gimmik politik UMNO pasir gudang..
Kalau bersungguh-sungguh ingin memperjuangkan nasib melayu setinggan boikotlah masa terbubarnya parlimen.kenapa tidak memperjuangkan masib melayu setinggan ini sejurus kemenangan PRU12 dulu dan kenapa dekatnya PRU13 baru mengeletar membangkitkan isu ini?.kebarangkalian mereka menganggap Melayu setinggan bodoh macam mereka.Temberang UMNO walaupun sebesar zarah sekalipun sudah dapat   dilihat tanpa mengunakan kanta mata.

Maklumat yang tersebar luas dikala ini,ketua cawangan gerombolan yang terbabit sedang kerap mengadakan  mesyuarat serta pertemuan dicawangan-cawangan yang terlibat bersama penduduk setinggan.setiap kali bermesyuarat penduduk mendakwa ketua cawangan gerombolan memberi peringatan meminta penduduk hanya memboikot bilik gerakan sahaja tetapi sokongan dan undi wajib diberi kepada UMNO.


kenyataan khalid mendesak kerajaan negeri memberi jaminan serta menyebut dalam kenyataanya juga isu tanah setinggan sebagai pembincangan terakhir hanyalah retorik dan penipuan besar abad ini.Apalagi yang boleh diharapkan kepada UMNO parti keramat melayu ini.Parti yang banyak menyusahkan melayu yang kepimpinan hapraknya hanya berebut-rebut memenuhi tembolok masing-masing.orang melayu kena sedar UMNO bukan lagi boleh dipercayai malah tidak boleh lagi membela melayu.penduduk setinggan kena ingat peristiwa kampung setinggan plentong tengah yang diranapkan rumah mereka sebabnya kerana masalah yang sama seperti yang dihadapi penduduk kampung setinggan sekarang.

Dimanakan pemimpin umno pasir gudang dikala penduduk setinggan plentong tengah dulu apabila rumah mereka sedang diranapkan??Mungkin ada segelintir penduduk setinggan plentong masih ingat bagaimana layanan UMNO pasir gudang semasa isu itu...Bukan pembelaan yang sewajarnya yang diperolehi tetapi yang dapat adalah cacian dari pemimpinnya.

Pada yang masih mempunyai peluang, gunakanlah  PRU13 ini sebagai medan mengubah kerajaan baru agar dasar yang lebih adil boleh dilaksanakan.Jangan sekali-sekali percaya dengan teman yang kencing sana sini dalam keadaan berdiri kerana mereka tidak boleh diharap hatta mempunyai agenda tersendiri.cukuplah lebih 50 tahun mereka diberi peluang memerintah tetapi telah gagal melaksanakan amanah rakyat.PRU13 yang akan datang dalam masa terdekat ini bagi UMNO BN......Ini kalilah!!!!!

abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

1 comment: