Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah mendakwa, sekumpulan pemuda dipercayai Pemuda Umno yang membuat kekecohan melambangkan sikap pemimpin di Pasir Gudang yang mengamalkan politik kebudak-budakan.
Menurutnya, PR mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenar sebagai jalan penyelesaian agar insiden kekecohan tidak lagi berulang.
“Kami kesal kerana kekecohan dan tindakan provokasi ini sudah kali keempat dilakukan oleh sekumpulan anak muda yang sama.
“Kita akan membuat satu memorandum untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menghentikan politik kotor seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Syed Othman turut menyifatkan, kehadiran lebih 3,000 orang ke ceramah berkenaan membuktikan gelombang perubahan politik di Pasir Gudang akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, PR yakin Johor akan membuat kejutan besar pada PRU akan datang memandangkan dalam setiap program kebajikan yang diadakan masyarakat tidak lagi segan untuk bersama PR.
“Kita yakin rakyat akan memilih PR daripada jumlah sokongan yang semakin bertambah dan gelombang perubahan akan berlaku selagi tiada taktik kotor yang digunakan dalam PRU.
“Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan dari terus berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha PKR Negeri, Syukur Ayub berkata, tindakan kumpulan pemuda itu membakar bendera PKR adalah tindakan provokasi luar batasan yang boleh mencetuskan rusuhan antara ahli parti.
Menurutnya, tindakan mencalarkan dan mengetuk kereta Mohamad Sabu sehingga kemik serta merosakkan kenderaan orang ramai yang hadir tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.
“Kami kesal kerana mereka sanggup memanipulasikan remaja sekolah untuk menimbulkan kekecohan setiap kali PR membuat ceramah di Pasir Gudang.
“Kami minta hentikan apa yang berlaku kerana kami mendapat permit yang sah dan kami tidak pernah membuat kacau terhadap ceramah yang diadakan mereka (Umno),” katanya. ...SAYA AKAN DEDAH LAGI GAMBAR GAMBAR PROVOKASI PEMUDA
kata PARTI ISLAM SEMALAYSIA.. tp buat fitnah bukan main hebat.. sejak bila budak2 ini dibayar RM20? diorg datang atas dasar sukarelawan.. majoriti budak2 ini dari taman air biru sendiri.. mereka tidak suka akan kebiadapan mat sabu terhadap perjuangan tok nenek mereka.. kita siapa hendak mengatakan sejarah itu betul ke salah? tp perkara yg sensitif tidak perlu diperkatakan tanpa memikirkan hati orang lain.. budak2 ini datang dari kelab NGO bukan dari pemuda UMNO.. tolong jgn spin.. kot ye pon nak berpolitik, tp beringat la sikit ayat tu.. naik menyampah aku tgk orang pas camni.. harap maklum..
ReplyDeletesatu lagi.. sampai ke 3ribu? haha.. dua ratus pun tak sampai agaknye... yang buat ramai pon sebab orang nak tgk mat sabu kena bantah.. lgpun orang anda byk orang import je... orang pasir gudang tahu la sape orang pasir gudang weh.. hehehe... tak baik tipu kan.. nampak sangat terdesak ni..
kau spin mcm mana kat akhbar pun, orang pasir gudang tetap boleh nampak realiti nya..
si othman memang muka penipu...keturunan arab celop ke entah betol ker tak...aku tengok macam habsyi minyak sapi ajer... pembelit no 1....mcm species negro yg berlambak kat KL...kelentong dalam surat khabar pun tak agak agak...orang melayu pasir gudang tak bangang mcm pengikut PAS yg datang dari luar campur AMK buat taik kat pasir gudang...jumlah engkau orang cuma 300 pun tak sampai ...kasi tulis 3000....ha ha ha...kantoi
ReplyDelete