Nov 10, 2011

BARU SATU BULAN DI TAR LUBANG LAGI....PROJEK KANGKUNG

Apa sudah jadi dengan kualiti jalan raya ini. yang terletak di Kawasan Perindustrian kota Putri Pasir Gudang  ... Baru satu bulan di Tar sudah berlubang balik? . Bagi penunggang motosikal, ia umpama jerangkap samar, yang boleh mengakibatkan mereka terjatuh atau terlibat dengan nahas apabila cuba mengelak lubang, lebih-lebih lagi ketika hujan dan waktu malam.
, Lebih aneh, kerosakan jalan biasanya berlaku setiap kali selepas kerja-kerja pengorekan permukaan jalan oleh kontraktor mewakili pelbagai agensi. Penurapan semula yang dilakukan tidak berkualiti, menjadikan jalan mudah rosak.
Seperti tidak dipantau oleh JKR  dan jika dipantau sekalipun, ia tidak dilakukan dengan tegas. Manakan tidak, banyak laluan di lorong kiri (daripada dua lorong) sentiasa cuba dielak oleh kenderaan kerana selalu menjadi mangsa kualiti turapan buruk para kontraktor, menyebabkan pemandu bertumpu di lorong kanan. Permukaan jalan sebegitu hanya sesuai untuk kenderaan lasak pacuan empat roda. Sepatutnya kontraktor yang gagal menurap jalan dengan kemas dan baik, didenda selain ditamatkan kontrak mereka.
.
Bayangkan berapa banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk projek membaik pulih jalan yang rosak  Siapa yang untung untuk projek penurapan berulang kali ini?
Bercakap tentang isu korek jalan dan kualiti jalan di bandar-bandar atau di mana sahaja , ia memang menyakitkan hati sejak dahulu lagi. Anak-anak remaja pun boleh bertanya kenapa sampai begitu keadaannya? Mengapa JKR  kita tidak mahir menurap jalan atau gagal menjaga kualiti turapan kontraktor? Saya jemput Pihak Media untuk melihat sendiri isu ini. sepanjang 300 meter rosak teruk...BOCOR LAGI DUIT RAKYAT

No comments:

Post a Comment