May 14, 2010
Perkampungan Melayu Iskandar Malaysia Untuk 8 Kg Setinggan
Penyerahan sijil kelayakan memiliki rumah kepada ketua-ketua kampung setinggan yang terdiri dari Kg Desa Melayu, Kg Desa Jaya, Kg Desa Makmur, Kg Tengah, Kg Belantik dan Kg Dato' Hajah Hasnah Ahmad baru-baru ini menandakan kerajaan UmnoBN Johor tidak memahami kehendak dan tuntutan majoriti penduduk kg setinggan.
Jawatankuasa Bertindak menyifatkan ini adalah sikap berat sebelah kerajaan Johor dalam menangani isu setinggan dengan meletakkan cawangan-cawangan Umno sebagai orang tengah dan dengan senang hati Dato Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor menyerahkan sijil-sijil tersebut sekaligus menolak tawaran penduduk yang ingin berbincang secara baik dan muafakat dengan kerajaan negeri dalam menyelasaikan isu tuntutan mereka.
Jawatankuasa Bertindak sendiri sebelum ini pernah menghantar memorandum untuk MB Johor campur tangan dengan segera dan turun padang mendengar masalah dan tuntutan penduduk setinggan malangnya sehingga hari ini pelbagai alasan diberikan.
Penduduk setinggan ditawarkan rumah flat bertingkat seluas 850 kaki persegi dengan harga RM35,000 dan dikatakan kos pembinaan rumah dan harga tanah sahaja mencecah RM 139,000 dan kata Ahli Parlimen Johor Bahru Dato Shahrir Abd Samad sepatutnya penduduk kampung berterima kasih.
Jawatankuasa Bertindak menuntut kerajaan negeri dengan segera mempamerkan nama-nama penduduk kampung yang setinggan yang layak memiliki rumah untuk mengelakkan nama penduduk dari tercicir dan kebarangkalian berlaku penyelewengan.
Apa yang berlaku ini sekarang bukanlah penyelesaian terbaik, tetapi ada baiknya kerajaan negeri turun padang dan mengambil pandangan dan pungutan suara dari penduduk termasuklah baki mereka-mereka yang belum mengambil wang saguhati dari MRCB yang kini sedang rancak membangunkan projek 8.1 km Lebuhraya EDL dari Pandan ke CIQ .Gambar di atas saya bersama dengan Jawatan Kuasa bertindak ketika Perjumpaan yang diadakan Pada 9.05 2010. Terima kasih Pas Johor Baharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment