Mei 6hb. 2010-Saya bukan siapa-siapa. Itu pertama. Kedua, saya juga tak berani pegang duit orang sebab saya tak ada duit.Alangkah baiknya kalau saya berjumpa beberapa orang yang amanah untuk ditubuhkan satu badan pemegang amanah yang berdaftar - lengkap dengan sistem akauntabilitinya. Selepas itu, sesiapa yang berminat bolehlah bersama-sama melancarkan kempen mengumpul duit untuk menjatuhkan Datik Seri Najib Tun Razak yang memohon petunjuk Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide serta gerombolan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Kita boleh letak target - tak kisah sampai RM4 bilion sekalipun.
Apa nak kisah, kita bukan buat kerja haram. Menjatuhkan pemimpin yang zalim atau dilihat zalim serta tak bersih atau dilihat tak bersih adalah tuntutan Islam yang suci. Kerja dapat pahala. Kerja yang dituntut konsep pengesaan Allah atau tauhid. Kerja yang boleh dimulakan dengan menyebut nama Allah - BismiLlahirRahmanirRahim.
Kalau pengganti si zalim atau dilihat zalim itu buat perangai pulak, kita lawan pulak si pengganti yang mengitar semula perangai busuk itu. No love lost.
Dalam satu segi, sebahagian orang Umno lebih bagus dari setan-setan 'asabiyyah dalam parti lain. Mereka sanggup berlawan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Perdana Menteri mengantuk itu jadi presiden parti mereka. Mereka lebih mulia dari setan-setan 'asabiyyah yang melihat pemimpin mereka suci dan ma'sum serta bersih dari salah silap (saya menggunakan istilah setan 'asabiyyah untuk disesuaikan dengan perkataan syaitan bisu - satu anutan yang lebih kurang sama).
Kita sebagai rakyat mempunyai hak demokratik untuk menjatuhkan Najib dan gerombolan BNnya Oleh kerana kerja itu memerlukan dana, atas nama rakyat kita perlu menggerakkan dana untuk tujuan itu.
Atas nama rakyat kita bersuara dalam dunia siber; atas nama rakyat kita buat footage yang mengandungi dokumentari, lagu dan apa sahaja; atas nama rakyat kita bersuara di mana-mana; atas nama rakyat kita pasang banner di mana-mana; atas nama rakyat kita sebarkan risalah sehingga ke pelusuk kampung dan tanah rancangan; atas nama rakyat kita bergerak ke mana saja - semua atas nama rakyat.
Menjatuhkan Najib bukan hak eksklusif mana-mana parti tidak kiralah PAS, PKR, DAP atau Umno sendiri. Menjatuhkan Najib adalah hak kita - hak rakyat.
No comments:
Post a Comment