May 13, 2010

Mengemis Samy Vellu?

KUALA LUMPUR : Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, Subramaniam V atau yang lebih dikenali sebagai Barathmaniam, mencatatkan sejarah dalam parti itu kerana menjadi anggota yang dipecat sebanyak tiga kali sejak menyertai MIC pada 1978.

"Saya masih tidak pasti, Saya akan memikirkannya... saya bukannya pengemis untuk merayu kepada beliau (Presiden MIC, S. Samy Vellu)," katanya ketika dihubungi media malam semalam.

Beliau yang dipecat semalam masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai pemecatannya daripada parti itu.

Barathmaniam berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya menerusi surat yang diterimanya.

Menurutnya, antara alasan pemecatannya daripada MIC adalah berkaitan dengan satu SMS yang dihantar kepada Samy Vellu minggu lalu, antara lain memberitahu presiden parti itu bahawa MIC bukan milik Samy Vellu atau anggota keluarganya.

Barathmaniam pertama kali dipecat pada 1984 dan kemudian pada 1994.

Beliau mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh beliau menerima surat untuk mengemukakan rayuan kepada MIC.SUMBER

1 comment:

  1. Brathamaniam ni lebih baik dari MP Mike (MP Klang?) ada prinsip dan tak meraban. Cadangkan gantikan Mike dengan Bratamanian boleh kot. Apa komen org Klang

    ReplyDelete