May 19, 2010

Menarilah semua komponen BN dalam irama gendang APCO, kita tengok kaki sapa terpelecok!

19 May 2010-Tangan APCO Meraba Kedah..Perang saraf BN/UMNO melalui plot Wakil Rakyat melompat meninggalkan PR dan menukar kerajaan di Kedah nampaknya berjaya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang peduli politik dan penjawat awam. Ini adalah eksesais baru untuk membina environment haram yang terpaksa diterima sebagai halal jika ia benar-benar berlaku. Ini sebahagian ciptaan APCO yang dilantik sebagai konsultant 1Malaysia BN/UMNO. Kalau nak 1Malaysia, takkan Kedah depa tak mau ambik kot?

Saya nampak eksesais ini adalah turutan (flow) yang dikembangbiak daripada isu soalan Dewan Undangan Negeri tempoh hari. Flow ini juga mempunyai carta aliran yang mencakupi banyak skop lain termasuk gerak saraf di kalangan pegawai tadbir, keselamatan, pelabur dan ahli perniagaan. Ia akan terus dipanaskan dari masa ke semasa, sehingga ada tindak balas yang mereka mahukan. Statement Chong It Chiew tentang pelabur nak lari dari Kulim HiTech Park semalam pun adalah 'buah mulut' APCO.
.
Ceramah pada 22hb Mei nanti bukanlah respon yang diingini. Ceramah tersebut boleh menutup plot lompat selama-lamanya. Sebab itu Ketua Pemuda Gerakan yang kerjanya membuat Sidang Akhbar dan menulis memorandum 'yang ketinggalan keretapi' menyampuk dan campurtangan dalam parti orang lain. Katanya ADUN2 PKR dibuli oleh PAS. Dia mahu ADUN2 PKR jangan pergi berceramah malam itu. Statement ini serentak dengan kenyatan Chong It Chiew.
.
Malam ini, saudara Naidu dari Alor Semadum menelefon saya memaklumkan dia menerima maklumat daripada kawannya seorang anggota keselamatan bahawa pihak BN sedang memasang banner di sekitar Alor Setar mendakwa DUN Kedah akan dibubarkan (lebih kurang begitulah maksud ayat-ayat yang tertera di banner - saya belum melihat kandungannya). Saya tidak pelik kerana memang kerja depa untuk mengkucar kacirkan kerajaan. Bila ada penafian dari pimpinan UMNO/BN tentang kerja buat depa menjatuhkan kerajaan melalui usaha pembelian kerusi, ia wajib dibaca sebaliknya. Pengalaman lalu mengajar kita bacaan terbalik ini.
.
Satu peristiwa baru dalam plot ini ialah perangkap yang dibuat oleh ADUN Bayu terhadap ADUN Kulim selepas sidang DUN baru-baru ini. Dia mengajak ADUN itu ke Hotel Shamila dengan mendakwa ADUN Bukit Selambau juga ikut serta, padahal Adun Bkt Selambau ada bersama saya ketika itu. Saya menerima maklumat dari informer tentang perjumpaan itu, dan saya memanggil Adun Kulim balik segera. Dia memaklumkan bahawa dia dimaklumkan Adun Bt Selambau juga ada di sana, sebab itu dia pergi untuk membincangkan hal ehwal portfolionya dan pelancongan di Baling. Selepas beberapa ketika, dia pun pulang. Itu adalah perangkap untuk menimbulkan kecurigaan ataupun membuat 'dealing', Wallahu a'lam.
.
Saya sedia maklum, Adun Bayu adalah bekas Pegawai Khas tugas-tugas Khas bekas MB (MK). Dia juga kerap mengadakan perjumpaan dengan YB Lunas sebelum Adun itu menjadi katak. Pada satu malam sebelum melompat, saya dimaklumkan dia membawa kereta rasmi exco KBN 333 ke rumah Adun Bayu. Apa yang dipersetujui dalam perjumpaan itu saya tak tahu. Selepas itu, bila tercetus kes pusat penyembelihan babi dirobohkan di Kg Berjaya, YB Lunas pun melompat. Dia rebah bersama pusat penyembelihan itu. Masa ni APCO belum timbul, sebab itu beliau melompat kerana babi! Malu la juga kan?
.
Adun Bayu juga membuat kenyataan diakhbar baru-baru ini bahawa kerajaan negeri kerugian RM200 juta dari pembalakan yang dilakukan di 400 hektar kawasan pembalakan yang salah kompartmen. Katanya pembalakan diluluskan di kompatmen 9, tapi pokok ditebang di kompartmen 8. Oleh kerana itu, kerajaan menanggung kerugian RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar itu.
.
Saya ingin memaklumkan bahawa, pemberian kawasan pembalakan secara tander terbuka sekarang ini mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM35 juta (harga paling tinggi ialah RM16 ribu sehektar), berbanding RM6 -RM10 juta (RM500-RM1000 sehektar) di zaman bosnya menjadi MB. Kuota penebangan di Kedah ialah 2,340 hektar setahun. Matematik sekolah mana yang dia belajar hingga kiraannya begitu baik, hingga memberi pulangan RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar.
.
Kalau dengan kiraan Adun Bayu, bermakna sehektar kawasan balak berharga RM50 ribu, bermakna zaman bosnya menjadi MB, kerajaan kerugian RM49 ribu sehektar. Kalau 2,340 hektar, kerajaan kerugian berapa? Minta dia tolong kirakan! Kalau begitu mahal kayu balak, mengapa zaman bosnya jadi MB, kerajaan cuma dapat RM6-RM10 juta?
.
Berbalik kepada plot lompatan tadi, saya percaya ada lagi turutan (flow) dari isu-isu yang dicipta yang akan dimainkan oleh BN/UMNO Kedah untuk menggoncang kerajaan sekarang. Sebab itu, UMNO, MCA dan Gerakan menyanyi lagu dan menari dalam rentak gendang yang sama dan serentak! Saya tidak percaya BN/UMNO yang mendapat nasihat dari APCO yang menasihat regim-regim diktator seluruh dunia akan ketandusan akal untuk melawan PR di Kedah. Tapi kalau asyik mendapat nasihat daripada APCO, akal mereka sendiri akan mandul dan tandus. Sebab itu, matematik mudah dalam kes balak gagal diselesaikan dengan baik. Menarilah semua komponen BN dalam irama gendang APCO, kita tengok kaki sapa terpelecok!

Muhammad Sanusi Md Nor,
Setpol MB Kedah.

No comments:

Post a Comment