Mar 29, 2010

uisu setinggan Pinggiran Kempas dibawa ke Parlimen


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) membawa isu pengabaian hak rakyat mengenai perobohan beberapa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu ke Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Kerajaan Negeri Johor tampil membuktikan bahawa mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya kepentingan yang membabitkan orang-orang Melayu.

Tengah hari tadi, tindakan Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) meroboh beberapa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran Kempas tanpa memberi wang pampasan kepada penduduk terbabit dibawa ke lobi Parlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas, Ramli Haji Ibrahim ( mendakwa bahawa setiap keluarga terbabit berhak untuk mendapat sekurang-kurangnya RM30,000 daripada pihak berwajib kerana mereka bertanggungjawab membuka dan memugar tanah kampung setinggan itu, yang dahulunya merupakan hutan rimba.

“Kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan menteri-menteri lain, turunlah padang (dan) tengok (kesusahan) kami, di mana kami duduk sekarang.

“Kenapa kami tidak diberikan sesen pun, tidak seperti (penduduk setinggan) di Berembang (sedangkan) dari hutan rimba kami buka (kampung), berilah sekurang-kurangnya RM30,000 sagu hati bagi setiap keluarga,” katanya.

Ujarnya lagi, tindakan PTDJD mengusir rakyat, yang kebanyakannya terdiri oleh orang-orang Melayu adalah keterlaluan kerana kebanyakan mereka membina penempatan di tanah terbabit sejak 20 tahun yang lalu.

Selaku koordinator bersama-sama Ramli, Suhaizan Kayat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat berkata, sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai telahpun dirobohkan sejak Rabu lalu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Johor memaklumkan bahawa PTDJB bercadang merobohkan 20 buah rumah setinggan berbaki tiga hari lagi.

Manakala, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, kerajaan Persekutuan dicabar untuk campur tangan dalam kes tersebut lalu memberikan ‘wang ehsan’ kerana tanah setinggan itu sebenarnya di bawah pemilikan Kementerian Kesihatan Sumber harakah

No comments:

Post a Comment