Sep 10, 2009

ISU PKFZ: KABINET AMBIL ALIH :NAJIB...NAK SIASAT MCM MANA KRONI SENDIRI

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas, yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, para pegawai Kementerian Pengangkutan dan Kewangan, bagi mengkaji projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kabinet, pagi ini, telah berbincang isu itu dengan panjang lebar dan memutuskan mengenai penubuhan pasukan petugas peringkat tertinggi itu.

"Isu itu dibahagikan kepada tiga. Satu adalah untuk mengenalpasti jika ada penggelapan atau penyalahgunaan kuasa atau seseorang bertindak bertentangan dengan undang-undang. Perkara ini akan dikendalikan oleh polis dan Peguam Negara.

"Kita mahu siasatan yang menyeluruh dan lengkap berhubung perkara ini. Kebenaran menjadi satu keutamaan. Keduanya ialah tadbir urus yang baik.

"Kita ingin tahu sejak bermulanya projek ini jika ada tadbir urus yang baik. Dan ketiga apa yang perlu kita lakukan dengan PKFZ sekarang, yang boleh memberi nilai yang baik bagi wang. Kita juga mahu mengurangkan kos operasi.

"Bagi aspek kedua dan ketiga, kita telah memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas. Pasukan petugas ini akan melaporkan balik dengan Kabinet dan kemudian kita akan usahakan tindakan yang sesuai," katanya selepas berbuka puasa dengan Menteri-menteri Kabinet dan orang kenamaan di kediamannya di Sri Satria, di sini, Rabu.

Idea PKFZ itu diilhamkan kerajaan pada 1990an bagi menjadikannya sebuah hab pemindahan ke kapal yang dibina di atas tapak seluas 405 hektar yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang, diselubungi kontroversi selepas didedahkan bahawa kos pembangunannya melambung tinggi daripada kos asalnya yang kurang dari RM2.5 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga ingin tahu jika terdapat sebarang salah pengurusan dalam mengendalikan projek itu dan jika terdapat kelemahan serius "tindakan akan diambil tanpa mengira siapa yang terbabit."

Katanya penubuhan pasukan petugas itu menekankan betapa seriusnya kerajaan menangani isu itu yang disiarkan di akhbar sejak beberapa bulan kebelakangan ini atas dakwaan kewangan yang tidak betul.

Najib berkata walaupun pasukan petugas itu tidak diberikan tempoh masa untuk melaporkan balik kepada Kabinet, para anggotanya menyedari bahawa laporan itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Ketika ditanya mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu, beliau berkata ia merupakan siasatan berasingan.

"Mereka (SPRM) juga meneliti beberapa laporan (yang dilaporkan). Ia adalah berasingan daripada apa yang diamanahkan kepada pasukan petugas itu," katanya.BERNAMA

No comments:

Post a Comment