Aug 22, 2009

UMNO MASUK PAS

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, masalah perpecahan antara Melayu dan Islam di negara ini akan selesai sekiranya UMNO menyertai PAS.


“Maksud saya, ia bukannya mewujudkan satu gabungan tetapi parti itu perlu menyertai PAS, InsyaAllah masalah perpecahan akan selesai,” katanya yang dipetik Sinar Harian

Menurutnya, UMNO perlu dibubarkan dan pemimpinnya harus memahami Islam serta belajar politik Islam bagi memastikan isu politik membabitkan Melayu dan umat Islam selesai.

Sehubungan itu, beliau menolak kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang berkata, isu perkauman telah dicetuskan pihak pembangkang dan pembangkang tidak memegang prinsip Rukun Negara.

Sebaliknya, Ustaz Mohd Nor menjelaskan bahawa parti UMNO menjadi punca perbalahan dan perpecahan dalam kalangan Melayu selama ini.

Katanya, perbalahan dan perpecahan yang berlaku sejak dahulu sehingga ini adalah berpunca daripada UMNO dan tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah dicetuskan orang UMNO.

“Pemimpin UMNO juga adalah pencetus kepada pengkhianatan membabitkan isu royalti di Terengganu, rakyat yang menyokong PAS dihalang daripada menerima bantuan, itu adalah antara pengkhianatan.

“Semasa PAS perintah Terengganu, orang UMNO buat demonstrasi terhadap sultan ketika pemilihan Menteri Besar, menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu, ustaz serta tok imam yang menyokong PAS pula dipecat,” katanya
SUMBER



* News

No comments:

Post a Comment