Aug 12, 2009

PILIHANRAYA KECIL P PASIR -UMNO PERMATANG PAUH TERABA RABA CARI CALON

KUALA TERENGGANU - Peluang PAS mengekalkan kerusi di Permatang Pasir pada 25 Ogos ini semakin cerah apabila Umno Bahagian Permatang Pauh tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan tersebut.

Menurut kenyataan Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang dipetik Bernama, bahagian itu menyerahkan kepada UMNO Pusat bagi menentukan calon yang akan bertanding.

Beliau berkata Umno pusat telah membuat penyelidikan dan menyenaraikan empat nama calon berdasarkan maklumat dan pandangan daripada Umno bahagian.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian itu di sini malam tadi, beliau berkata calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan Permatang Pauh dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

“Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh,” katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru.

Abdul Jalil berkata nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini di Permatang Pasir serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment