Aug 14, 2009

SIAPA BAKAL CALON PERMATANG PASIR.......?

Tinggal beberapa jam lagi bagi PAS dan BN untuk mengumumkan calon masing-masing bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dan spekulasi di kalangan penyokong kedua-dua pihak mengenai bakal calon, semakin panas.

Para penyokong Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said menaruh harapan yang kuat bahawa beliau akan terpilih mewakili BN.

Begitu juga dengan penyokong Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man

Nama kedua-dua mereka menjadi sebutan sebagai bakal calon yang bakal bertembung dalam pilihanraya kecil tersebut pada 25 Ogos ini.

Sehingga pagi ini, nama kedua-dua pemimpin itu disebut-sebut akan diumumkan mewakili parti masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mendedahkan nama calon BN di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam 4 petang ini.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu

No comments:

Post a Comment