Aug 16, 2009

RAKYAT PERLU BIJAK PILIH PEMIMPIN :MB SELANGOR

Sekiranya rakyat memilih pemimpin yang bijak, berwibawa dan bertanggungjawab, tidak ada agenda pro-rakyat yang mustahil dilaksanakan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam siri lawatannya ke Mentakab semalam bersama-sama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, tokoh ekonomi Melayu itu berkata Selangor di bawah setahun pentadbiran Pakatan Rakyat telah melangkah jauh menuju perkembangan positif berbanding 50 tahun dibawah UMNO-BN.

Khalid berkata kepada 2,000 penduduk setempat yang hadir di acara tersebut, kerajaan negeri Selangor merumuskan struktur ekonomi mapan yang mendahulukan keselesaan rakyat dengan program air percuma, kenaikan gaji, bantuan awal pengajian tinggi serta bantuan warta emas.

"Jadi ini tidak ada. Bukan 1 keganjilan untuk kita dapat mengambil alih sesuatu negeri sebab di negeri Selangor kita telah ditunjukkan, bagaimana kita dapat memerintah dengan lebih baik di negeri Selangor berbanding 50 tahun dulu" kata Khalid.

Khalid menambah walau apa pun yang cuba dilakukan oleh UMNO-BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kerajaan negeri kekal utuh kerana rakyat yakin dengan kematangan Pakatan Rakyat.

Ia berikutan sisatan secara menyeluruh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak mencari salah kerajaan negeri Selangor sehingga salah seorang saksi mereka telah ditemui mati.

" Tapi di negeri Selangor kita tidak takut, sebab kita ini buat benda yang betul".

Malah Khalid juga berkata, Pakatan Rakyat sedia membongkar lebih banyak penyelewengan dan rahsia besar UMNO-BN yang cuba ditutup pimpinan itu dari mata rakyat.

" Jadi kita tak payah takutlah. Kita ada banyak peluang, lagi kita menang kita akan buka rahsia dia. Itu sebab dia takut sangat kalau buka rahsia dia".

Berita

No comments:

Post a Comment