Aug 11, 2009

ISU ARAK : PAS SELANGOR BERI MB KATA DUA

PETALING JAYA: PAS Selangor memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar memberi penerangan lanjut berhubung kawalan kendiri dan mekanisme berhubung isu jualan minuman keras di negeri itu khususnya di kawasan majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Sehubungan itu, PAS Selangor menegaskan, ia akan mengemukakan cadangan-cadangan yang ia fikirkan sesuai jika tiada sebarang kemajuan dalam tempoh sebulan ini.

"PAS Selangor sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap jualan arak ini dan memohon agar Menteri Besarmemberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itubeserta mekanisma.

"Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya, maka PAS Selangor akan mengemukakancadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam satu kenyataan berhubung pendirian pihaknya dalam isu jualan minuman keras di negeri itu.

Pendirian itu dibuat pada mesyuarat tergempar Badan Perhubungan PAS Selangor, Sabtu lalu.sumber mstar

No comments:

Post a Comment