Ribut bersulam hujan batu
10 September 2012
Gambar PAR...Sumbangan Kepada Mangsa Ribut |
Gambar PAR Dewan Muslimat Turun Ke Padang Bantu Mangsa Ribut |
Gambar PAR Demi Rakyat Pemuda Pkr Turut membantu Add caption |
Ribut yang berlaku secara tiba-tiba menimbulkan suasana kelam-kabut dalam kalangan penduduk yang terkejut dengan kejadian yang pertama kali berlaku itu.
Mangsa, Zulkifli Mohd Noh, 54, berkata, ketika hujan turun dengan lebat dia berada di tingkat atas rumah sebelum isteri mengajaknya melihat hujan air batu.
Menurutnya, bagaimanapun dalam sekelip mata hujan air batu disusuli ribut yang kuat sehingga sebahagian besar bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang berkenaan.
Gambar PAR mangsa Ribut Terkejut PAR dan Pkr turut membantu dan beri sumbangan |
“Saya lihat suasana di luar rumah begitu kelam-kabut dengan keadaan jiran yang panik melihat kejadian yang tak pernah lagi berlaku sepanjang 20 tahun saya menetap di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang lagi mangsa, K Senthil, 34, berkata, dia bersama suami terpaksa membawa empat anaknya berlari keluar rumah selepas secara tiba-tiba bumbung rumah tercabut diterbangkan angin kencang.
Menurutnya, ketika itu hujan turun dengan lebat berserta ribut dan petir yang amat menakutkan.
“Kami menjerit lari keluar rumah bersama jiran yang lain kerana bimbang rumah runtuh selepas melihat keadaan ribut yang terlalu kuat.
“Saya rasa masih trauma kerana sepanjang hidup saya tidak pernah melihat ribut sekuat ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, hasil bancian yang dibuat sebanyak 172 daripada keseluruhan 400 buah rumah di Taman Kota Puteri, di sini, mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.
Menurutnya, bagaimanapun hanya 20 rumah yang kritikal selepas dua rumah, dua kereta dan sebuah van yang musnah di hempap pokok dalam kejadian ribut berkenaan.
“Kita bersimpati dengan mangsa yang terlibat dan mengeluarkan sedikit dana untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.
“Selain itu, kita turut mengerahkan jentera kita untuk membantu membaik pulih bumbung rumah mangsa yang tercabut dan musnah dalam kejadian secara mengejut itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Cawangan Cenderai, M Sani Hashim berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk M Munusamy.
Menurutnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.
“Datuk Munusamy akan turun melawat mangsa yang terlibat dalam masa terdekat.
“Kita bersyukur walaupun banyak pokok yang tumbang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, tapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya.
Sinar Harian difahamkan lebih 30 pokok tumbang di sekitar kawasan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk lebih 3 jam.
No comments:
Post a Comment