Kami dah Tak Tahan Lagi
sidang
media bersama penduduk jalan jelatang Taman megahria yang mengadu
kepada PAR mengenai Air kumbahan yang tersumbat di tangki utama hingga
menyebabkan air kumbahan didalam tandas rumah mengalir keluar ke dalam
rumah.Sebanyak 200 rumah di jalan jelatang 13-27 menghadapi masalah bau
busuk terutama pada hari hujan dan 7 buah rumah yang amat kritikal
sekali hingga kumbahan berselerak didalam rumah.Aduan telah dibuat
kepada Ahli majlis dan dikhabarkan 2 orang wakil rakyat Aduan Johor jaya
dan aduan permas juga telah datang melawat 2 bulan lepas tetapi
sehingga kini belum ada apa2 tindakan telah diambil.Penduduk sudah tidak
tahan dengan bau busuk ini dan meminta agar pihak yang berwajib
menyelesaikan masalah mereka dengan segera
No comments:
Post a Comment