Dec 13, 2010

NAJIB MEMBAZIR LANTIK SAMY 'DUTA KHAS' BERTARAF MENTERI?




Perdana Meteri Datuk Seri Najib Razak hari ini secara formal mengumumkan pelantikan bekas presiden Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai duta khas baru Malaysia yang bertaraf menteri untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan.

"Saya ingin mengumumkan pelantikan Datuk Seri Samy Vellu sebagai duta khas infrastruktur bagi India dan Asia Selatan.

"Kami tidak mahu kehilangan bakatnya dan saya pasti banyak syarikat akan mendapat manfaat (daripada beliau)," kata beliau ketika melancarkan buku biografi Samy Vellu berjudul "A Life. A Legend. A Legacy" di sini hari ini.

Lantikan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.

Kata Najib, pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu. Najib juga memuji Samy Vellu atas sumbangannya selepas berkhidmat untuk rakyat dan negara selama 31 tahun khususnya dalam menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Kolej TAFE, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Yayasan Strategik Sosial (YSS) dan Yayasan Pemulihan Sosial.

1 comment: