Politik & Isu SemasaAhli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Aliman berkata, parti itu akan memilih anak tempatan sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan diadakan akhir bulan depan.
Oleh itu, Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor meminta supaya menghentikan spekulasi bahawa beliau akan dipilih untuk memikul cabaran itu.
“Ingin saya tegaskan bahawa keutamaan kita adalah anak tempatan dan kita tidak kekurangan anak tempatan di Labis.
“Seperti biasa kita akan terima senarai nama dari peringkat cawangan untuk diangkat kepada negeri kemudian dibawa ke pusat untuk dimuktamadkan,” katanya.
Tambah Mazlan, mengenai soal calon adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan muktamad.
Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berkata walaupun DUN Tenang mempunyai kawasan Felda tidak semestinya beliau akan terpilih kerana masih ramai calon anak tempatan yang berwibawa di kawasan itu.
“Saya asal Batu Pahat, saya bukan anak tempatan, kita punyai ramai anak tempatan yang berwibawa di sana (Labis).
“Tidak semestinya apabila ada Felda, saya akan terpilih. Kita ada anak tempatan yang lebih berwibawa.
“Jadi mengenai soal calon kita serah kepada pusat sahaja untuk buat keputusan. Yang lain-lain saya tidak mahu komen,” katanya.
Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa Mazlan akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.menghentikan spekulasi bahawa beliau akan dipilih untuk memikul cabaran itu.
No comments:
Post a Comment