Dec 28, 2010

KAJI SELIDIK DI DUN TENANG


Seperti dijangkakan trend pengundi yang menetap di Dun Tenang tidak berubah, pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya bangsa melayu masih mundur dijajah dengan pemikiran kolot hanya Umno yang mampu berkuasa.

Mereka ini tinggal di kawasan Felda dan pendalaman kampung yang tidak terdedah dengan maklumat sebenar di dunia luar sekarang. Erti katanya mereka sendiri tidak mahu dengar apa yang Pakatan Rakyat tawarkan kepada mereka dengan melihat sendiri kejayaan Pakatan mentadbir 4 negeri.

Mereka masih lagi masyuk dan khayal dengan hiburan dan tanpa segan silu pernah ditanya kepada mereka tentang hiburan dan mereka jawab kami tak kisah konsert datang ke kampung kami, buat apa nak halang anak muda berhibur dan minta dibawakan lagi artis-artis sensasi buat menghiburkan mereka.

Masjid di biarkan kosong untuk diimarahkan, kedai kopi dan kawasan lepak di kampung-kampung Felda menjadi taruhan mereka untuk menjadi percaturan hidup yang kata mereka buat apa kita nak lawan kerajaan, apa yang kerajaan buat pada kita dulu kita patut terima kasih.

Bila ditanya setuju atau tidak dengan kenaikan harga barang dan tarif air SAJ baru-baru ini, mereka kononnya marah dan tidak setuju dengan keadaan ini walhal mereka tidak sedar tangan kerajaan yang mereka sokonglah punca harga barangan naik.

Kasihan umat melayu, patutlah Perkasa kali ini tidak mahu turun datang berkempen ke Dun Tenang, rupanya mereka sedar pemikiran jumud perkauman sempit ini sudah sebati dengan rakyat Johor yang terkenal sebagai kubu kuat Umno sejak sekian lama.

Pengakuan makcik pakcik memang dari dulu, Umnolah yang kami undi. Ada satu kawasan PPRT yang miskin sudah cukup maklum ditipu oleh juak-juak Umno tapi bila ditanya undi apa. Katanya saya undi Umno kerana saya ikhlas undi mereka, Cis... hampas...

InsyaAllah kami dari PAS tidak akan berputus asa untuk membebaskan rakyat dari belenggu rejim Umno yang sejak sekian lama menipu dan memperdayakan rakyat.

Kami tidak kisah dengan kekalahan sekiranya padang ini sama rata, biar kita bertarung secara gentleman bukan bacul dengan duduk bawah kain makcik-makcik wanita Umno.

Penamaan calon 22 hb dan 30 hb Januari adalah hari pembuangan undi. Kalau kami tidak menang sekalipun majoriti Umno kami akan nafikan.
SUMBER PAS JB

1 comment:

  1. statment atas menunjukkan perasaan keciwa penulis terhadap sikap warga tenang, selamat datang ke Tenang, jumpa orang miskin tak, jumpa orang melarat tak, jumpa tak orang macam kat bandar yang minta sedekah, jumpa tak kat tenang masyarakat yang kononnya moden tetapi mabuk, penuh kedai judi, arak macam minum harian, pakaian singkat, nampak sana sini jumkpa tak..jumpa tak? Apa beza masjid tenang dengan masjid Pos Blatin,Galas, Apa beza masjid Tenang dengan masjid yang cantik kat Kuala Muda Kedah atau masjid kat Kampong temehel melaka, atau masjid kat mana-mana aja yang magribnya adalah sikit, zohor dan asar tetap sepi...janganlah hina kalau itu cakap politik, warga tenang tak buta huruf walau kami tak pandai warga tenang tak kata kami pandai tapi kami tak jumud, semak dan semak tak ada warga bangsa melayu tenang yang gantung diri, carilah ada kedai arak ditenang kecuali labis...selamat datang ke Tenang tetapi datanglah bersalam, kami sambut baik,kami bukan jenis manusia yang berpura-pura, jangan dik kerana kamu yang tidak berpuas hati pasal politik kami diajar benci membenci sesama umah, kami cina melayu dan india sudah cukup baik, jika anda ingin pembaharuan anda diterima datanglah dengan baik, katalah dengan baik,jagalah budi bahasa usah mengata kami tak kata kami setia pada sesiapa setia kami pada Tuhan,atas nama pembangunan kami terima kasih atas nama kesedaran kami sedang memikirkannya mana yang terbaik namun menghina kata cis, hampas dan pemikiran jumud dan sempit..anda menyerlahkan keperibadian yang mampu diklasfikasikan lebih baik anda balik tidur rumah jika masih seperti tidak berakal...selamat datang kami terima anda sebagai tetamu tetapi datanglah dengan baik..siapa tahu anda mungkin dapat apa yang anda harapkan tetapi jika tulis anda adalah sikap anda...anda harus fikirkan

    ReplyDelete