May 25, 2013

Kabinet Najib Bukti Akidah dan Bangsa Bukan Agenda Utama UMNO



Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional. Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebayak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembai undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional. Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakulsampahkan dalam pembentukan kabinet ini.

Selain itu, kegagalan Datuk Seri Najib untuk membawa masuk lebih ramai tokoh agama ke dalam kabinet membayangkan slogan UMNO selama ini sebagai pejuang agama Islam hanyalah retorik semata-mata. Jika sebelum ini sekurang-kurangnya kabinet Malaysia mempunyai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Masyitah Ibrahim, kini hanya tinggal satu nama iaitu Jamil sebagai tokoh yang berlatarbelakangkan agama dalam kabinet baharu ini. Di mana suara para ulama yang sebelum ini kuat membela UMNO/Barisan Nasional dalam isu kalimah Allah dan sebagainya? Adakah sudah menjadi kukur kelapa yang digunakan ketika kenduri dan disandar di hujung dapur apabila musim kenduri sudah habis?

Bagaimanapun dalam konteks Kelantan, DPPNK mengharapkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik untuk penggal seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih aktif membantu membawa pembangunan ke Kelantan. Ini ditambah pula dengan kejayaan besar beliau memenangi DUN Ayer Lanas dengan majoriti 47 undi membolehkan beliau untuk menajdi jambatan penghubung di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat.

Apapun, bagi pihak DPPNK, tiada yang mengejutkan dalam kabinet baharu Datuk Seri Najib ini, transformasi yang dilaungkan hanyalah transformasi label dan pembungkus sahaja sedangkan isi dalamannya masih sama bahkan lebih tidak mustahil lebih teruk daripada yang sebelumnya.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Loji kumbahan meloyakan

Loji kumbahan meloyakan
AZIZAN INCHE HARUN
25 Mei 2013
Loji kumbahan meloyakan
Syed Othman (tiga, kanan) bersama penduduk menunjukkan keadaan loji kumbahan yang terbiar.
Loji kumbahan meloyakan
Air kumbahan yang disalurkan ke dalam longkang.
PASIR GUDANG – Lebih 1,000 penduduk Jalan Bayan Taman Kota Puteri, di sini, meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap masalah loji kumbahan yang tidak diselenggara sejak lebih 10 tahun lalu.

Penduduk, A Naidu, 63, berkata, penduduk bukan sahaja berdepan masalah bau busuk dan meloyakan malah limpahan air kumbahan masuk ke dalam rumah setiap kali hujan lebat.

Menurutnya, air kumbahan yang tidak dirawat dibiarkan mengalir ke dalam longkang berhampiran sehingga menimbulkan pencemaran persekitaran dan bau busuk.

“Sepanjang 22 tahun saya menetap di sini, sudah lebih 10 tahun kehidupan kami sekeluarga terganggu dengan bau busuk dan meloyakan. Nak makan pun tak selera.

“Setiap kali hujan lebat, rumah kami dimasuki air yang busuk, tapi tak ada siapa pun yang tolong selesaikan perkara ini. Sudah terlalu lama begini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, V Veera, 55, berkata, sudah banyak aduan dikemukakan kepada pemimpin masyarakat yang berjanji untuk membawa perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini masalah itu berlarutan tanpa ada mana-mana pihak tampil mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah itu segera.

“Kami sudah tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi, sedangkan pemimpin masyarakat yang diharapkan boleh mengetengahkan masalah ini sekadar pandai berjanji.

“Selamilah masalah kami yang terpaksa hidu bau busuk ini. tidur dan selera makan termemang terganggu,” katanya.

Penduduk tertekan

SELAIN bau busuk, penduduk mendakwa keselamatan mereka turut terancam gara-gara diserang ular sawa sebanyak tiga kali, kerana keadaan kawasan di situ yang dipenuhi semak-samun.

Menurut M Ramamoorty, 57, penduduk juga tidak tahan dengan nyamuk berpunca daripada longkang yang menjadi takungan air sehingga dua penduduk terkena demam denggi baru-baru ini.

“Kami semakin tertekan, masalah ini dah serius. Sudahlah terpaksa menghidu bau busuk, terpaksa berjaga-jaga pula dengan serangan haiwan berbisa dan nyamuk.

“Kami minta pemimpin datang dan tengok masalah kami di sini.  Pihak bertanggungjawab juga perlu ambil tindakan segera selesaikan masalah ini kerana kami sudah tidak tahan lagi,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya sudah menghubungi pihak berkaitan minggu lepas.

Katanya, jika pihak berkenaan gagal mengambil tindakan dalam tempoh terdekat, pihaknya akan memanjangkan perkara itu kepada Biro Pengaduan Awam.

“Penduduk sedang berusaha mengumpulkan tandatangan sebagai sokongan supaya pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera.

“Sekiranya pihak bertanggungjawab yang berjanji akan mengambil tindakan segera tidak berbuat demikian.

“Kita akan menyerahkan tandatangan yang dikumpulkan daripada penduduk kepada BPA kerana ia melibatkan masalah serius membabitkan keselamatan lebih 1,000 penduduk di kawasan itu,” katanya.

Mar 20, 2013

AMAL JARIAH PAR PERMAS DEMI UNTUK RAKYAT MARHEAN


Pagi tadi PAR permas melalui penyelianya Syed Othman Abdullah bersama setiausaha PAR abusiraj almuner dan Ajk cawangan pas permas Saudara Nordin Anis telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada Saudara Bohari bin Rashid 58 tahun di rumahnya di permas jaya.

Saudara Bohari bin Rashid yang lebih dikenali sebagai Abg bob oleh rakan-rakan beliau telah mengalami kemalangan jatuh dari pokok manggis setinggi 28 kaki hingga menghadapi kecederaan teruk diseluruh anggota badannya.




Abg Bob yang juga bekas rakan sekerja Syed othman satu ketika dahulu kini sudah bersara.Selepas bersara itu beliau balik ke kampung di Negeri Sembilan dan menjaga kebun buah-buahan ditanah pusaka keluarga beliau.Akibat dari kemalangan tersebut beliau patah tangan,tulang rusuk dan pengelangan peha dan telah melalui beberapa pembedahan untuk memasukkan besi ditangan,tulang rusuk dan pengelangan peha.

Par permas amat simpati dengan apa yang berlaku keatas abg bob apatah lagi beliau masih mempunyai anak yang masih bersekolah untuk ditanggung.Atas dasar perihatin sebagai saudara seislam PAR permas menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh abg bob sekeluarga.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Mar 13, 2013

PETEMUAN PAR NEGERI JOHOR DENGAN PIHAK ATASAN PDRM NEGERI JOHOR



Petemuan tertutup bersama timbalan ketua siasatan jenayah negeri Johor ACP Azizan Anang bersama penternak lembu dan kambing persatuan penternak lembu tenusu Negeri Johor berlangsung petang tadi dalam suasana yang penuh harmoni.



Pertemuan yang diadakan itu bertempat diibupejabat polis kontigent(IPK)Johor adalah untuk membincangkan masalah kecurian lembu yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah bersenjata dan memohon kerjasama pihak polis untuk mencari keadah pencegahan kerana ia kerap berlaku sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kerugian yang ditanggung oleh penternak malah ia menimbulkan juga rasa ketakutan pada penternak.



Pertemuan yang turut dihadiri oleh penyelia pusat aduan rakyat (PAR)permas Syed Othman Abdullah,PAR kempas suhaizan kaiat dan pengerusi khidmat masyarakat PKR tebrau Sivabala.





Dalam sesi dialog bersama ACP Azizan dan pegawai polis yang lain telah berlangsung selama 1 jam turut membincangkan cadangan-cadangan yang akan digunapakai bagi mencegah kejadian seumpama dari terus berulang.sejerus selesainya pertemuan tersebut satu sidang media telah diadakan diperkarangan IPK dan beberapa wartawan dari akhbar berbahasa mnelayu,cina dan india hadir dalam sidang yang diadakan itu.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Mar 10, 2013

JENAYAH LEBUH RAYA

PASIR GUDANG – Dua lelaki yang juga pengguna lebuh raya baru berhampiran Taman Rinting mendakwa menjadi  mangsa penjenayah menggunakan senjata tajam ketika menggunakan laluan itu.

Selasa lalu, Lee Yau Heng, 49, berkata, sekitar jam 4.30 pagi, dia bersendirian menunggang motosikal ke tempat kerja di Singapura.

Menurutnya, dia yang menyedari diekori dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ cuba melarikan diri, namun ditendang dan dibelasah teruk sehingga cedera di badan dan patah dua batang gigi.

“Salah seorang mengugut saya menggunakan pisau sehingga saya terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan dompet yang mengandungi duit, Mykad dan kad bank.

“Mereka menolak saya bersama motosikal ke dalam longkang, tapi mujur saya selamat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Seorang lagi mangsa, Ang Teng Yang, 65, berkata, selepas lebuh raya itu mula dibuka kepada orang ramai pada tahun lalu, dia kerap berjoging di situ pada waktu awal pagi.

Namun dia serik selepas dirompak sehingga cedera parah di kepala dipukul dengan besi oleh empat lelaki.

“Saya sangka kereta mereka rosak selepas tiba-tiba kenderaan itu berhenti, rupa-rupanya mereka hendak merompak saya.

"Teruk saya dibelasah sehingga menerima 11 jahitan di kepala akibat di pukul dengan batang besi, dompet saya dicuri,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menerima tujuh aduan berkaitan rompakan di lebuh raya baru oleh suspek sama yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.

“Kita dapati kawasan itu agak gelap kerana tiada lampu jalan dan lampu berhampiran rosak sejak dua bulan lepas. Kita akan adakan perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddi minggu depan,” katanya. SINAR




Mar 7, 2013

KEHADIRAN RAKYAT KE CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI DUN JOHOR JAYA PASIR GUDANG TANDA UMNO BN AKAN TERKUBUR DI PASIR GUDANG!!!!!!


Sebentar tadi ceramah di atas lori treller Dap di hadapan pejabat Dap Johor Jaya telah mendapat sambutan yang sungguh luar biasa dengan kehadiran dari berbagai lapisan masyarakat.Kehadiran yang mencecah ribuan jelas menunjukkan bahawa  sokongan rakyat terhadap Dap khususnya pakatan rakyat semakin meningkat hingga mengugat kedudukan UMNO BN di pasir gudang.





Dengan kehadiran yang penuh sesak ini,ia membawa mesej bahawa rakyat di semua peringkat sudah menolak secara total kerajaan yang dipimpin oleh UMNO BN dan RAKYAT juga  menunjukkan dengan jelas tanda inginkan perubahan besar dengan mengantikan kerajaan  UMNO BN dengan PAKATAN RAKYAT.

Ceramah yang diadakan tadi menampilkan beberapa pimpinan Dap negeri dan pusat termasuk pengerusi Dap pusat Lim kit siang,Anthony loke dan calon pas permas syed othman abdullah.

Rakyat yang membanjiri ceramah tersebut bukan diangkut dengan bas,bukan diberi makan percuma,bukan diberi upah RM30 atau diberi t-shirt percuma tetapi mereka hadir semata-mata ingin mendapat maklumat sebenar dari pemimpin pakatan rakyat.





Tidak seperti majlis yang dianjurkan oleh UMNO BN seperti majlis himpunan rakyat gelombang biru yang diadakan di pasir gudang 2 hari lepas dimana  kehadiran rakyat sangat hambar walaupun diberi upah,makan dan bermacam-macam lagi yang ditawarkan.

Jelas dan nyata UMNO BN tidak relevan dan sudah ditolak oleh rakyat sebagai pemerintah dan saat ini rakyat menunggu PRU13 untuk menunjukkan kepada UMNO BN jalan keluar.......


Untuk UMNO BN...Ini kalilah!!!!


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

Mar 6, 2013

MAJLIS HIMPUNAN RAKYAT GELOMBANG BIRU UMNO BN NEGERI JOHOR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT JOHOR!!!!


Majis perhimpunan Rakyat dan pelancaran gelombang biru peringkat negeri JOHOR telah dianjurkan oleh UMNO BN di stadium tertutup pasir gudang ternyata tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat dan rakyat Johor amnya..Majlis yang dirasmikan oleh timbalan perdana menteri itu gagal menarik kehadiran dan sokongan dari rakyat setempat.

Bebeza dengan himpunan yang dianjurkan oleh pakatan rakyat yang sentiasa sesak dengan ribuan rakyat dari lapisan masyarakat malah pakatan rakyat Johor pernah mengadakan himpunan serupa di pengerang dengan kehadiran yang sungguh luar biasa.


Menurut sumber yang diperolehi majlis itu telah dihadiri kebanyakan dari ahli UMNO BN sendiri dari dalam dan luar.Belum lagi para hadiri yang dibayar untuk hadir ke majlis itu.Stadium tertutup pasir gudang yang boleh menempatkan sekitar 7 ribu penonton dalam satu masa tidak dipenuhi dan masih ada banyak ruang yang kosong.kehadiran amat mengecewakan apatah lagi ia dirasmikan oleh timbalan perdana menteri.





Sekiranya himpunan gelombang biru UMNO BN tidak berjaya menghimpunkan rakyat,ia sudah cukup mengambarkan dengan jelas UMNO BN sudah tidak relevan lagi kepada rakyat walaupun berada di kubu kuat mereka sendiri.

Oleh itu terpulang pada rakyat untuk menafsir Adakah UMNO BN dikala ini masih mendapat sokongan rakyat???

Jom ubah untuk masa depan generasi yang akan datang

abusiraj almuner
setiausaha Par permas

Mar 2, 2013

PERISTIWA BERDARAH LAHAD DATU SABAH...ADAKAH IA SENDIWARA POLITIK???



Laporan serangan berdarah terhadap penceroboh di lahad datu yang mengorbankan beberapa orang termasuk pasukan keselamatan Malaysia telah disebarkan di media-media masa dikala ini.

Malaysiakini melaporkan Polis telah mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini. 


Apa yang menghairankan dalam krisis yang berlaku ini apabila kenyataan Presiden Benigno Aquino menyatakan Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah dan kerajaan Filipina dimaklumkan ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.

Dari mana dana itu? Dari siapa? begitulah antara kenyataan Presiden Benigno Aquino seperti dilapor viva.co.id. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.



Tetapi persoalan yang berlegar-legar dikalangan rakyat Malaysia termasuk dari warga tentera sendiri ialah kenapa terlalu mudah penceroboh memasuki Malaysia padahal Angkatan laut Malaysia mempunyai peralatan canggih.

Menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid,perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) 


Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis.Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Kalau dianalisis dari pengalaman dulu ia seakan hampir sama keadaannya dengan peristiwa Al-Maunah di sauk dikala hampirnya PRU.Adakah ini semua untuk manfaat politik.dilihat kembali peristiwa Al-maunah yang kejadiannya Tidak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

Persoalan besar yang perlu dijawap kerajaan ialah bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?

Oleh yang demikian adakah mungkin kerajaan UMNO menyembunyikan fakta sebenar yang tidak mahu rakyat mengetahuinya??

Al-fatihah dan Tahziah kepada keluarga Anggota yang terkorban Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.Semoga Roh mereka ditempatkan bersama orang yang dipilih oleh Allah swt untuk bersama DENGAN para syuhada


abusiraj almuner

Setiausaha PAR permas

Feb 24, 2013

UMNO PASIR GUDANG JADIKAN MAJLIS PENYERAHAN BR1M DIDEWAN SERBAGUNA PLENTONG SEBAGAI MEDAN MENABUR FITNAH DAN MENGAIH UNDI!!!!!!


Pagi tadi diadakan majlis menyampaian BR1M kepada Masyarakat marhaen sekitar Dun Johor jaya di dewan serbaguna plentong.Dikatakan hampir 3 ribu penerima telah diraikan dan berbagai acara telah diadakan seperti pemeriksaan kesihatan,pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan booth-booth dari kolej serta hospital swasta selain gerai menjual pakaian juga didirikan di perkarangan dewan.









Dalam kesibukan itu Jentera UMNO BN  pasir gudang mengambil kesempatan berkempen sepanjang majlis berkenaan.Bendera besar dacing telah dipasang dihadapan pintu masuk dewan seolah-olah mengambarkan duit BR1M itu hasil dari kantong parti UMNO BN bukan dari duit rakyat sendiri.




Selain itu risalah janji ditepati UMNO pasir gudang juga diedarkan bagi memaklumkan apa yang selama ini Umno Bn berjaya lakukan terhadap masyarakat di pasir gudang.Apa yang menarik isu  hak milik tanah Melayu setinggan  pasir gudang juga dimuatkan didalamnya dengan ditulis masih dalam proses untuk diselesaikan walaupun sudah hampir 45 tahun dan 4 kali PRU tidak diselesaikan lagi dan yang lainnya kononnya sudah  berjaya ditepati.



Satu risalah menburukkan pas dan pakatan rakyat bertajuk 'SEBELUM DAN SELEPAS"juga diedarkan kepada penerima BR1M.Ada juga pertugas UMNO kelihatan semacam peraih undi meminta penerima BR1M mengundi UMNO dan BN pada PRU13.

Nyata segerombolan pencacai UMNO BN dimana saja seantero Malaya mengunakan kesempatan seperti ini untuk meraih undi.Nampak terlalu terdesak pelakuan  UMNO BN  hingga sanggup mengunakan jentera kerajaan,harta kerajaan maupun wang kerajaan untuk kepentingan mereka.Mereka umpama tidak boleh membezakan mana menjadi hak rakyat dan menjadi hak mereka.

Majlis seumpama ini juga tidak seharusnya menjadi medan untuk mengaih undi kerena wang yang diagihkan itu adalah wang rakyat sendiri bukan dari kantong UMNO BN.Sekiranya wang yang diberi itu datangnya dari kantong UMNO BN maka mereka boleh anjur apa saja cara mengikut citarasa mereka,tiada siapa nak ambil peduli!!!Kalau ia datang dari pembayar cukai.....sudah pasti ia milik semua orang termasuk penyokong pakatan rakyat!!!!

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Feb 22, 2013

SAMBUTAN HANGAT MASYARAKAT CINA DI MAJLIS MAKAN MALAM DAP JOHOR JAYA ...TANDA TERGUGATNYA MCA DUN JOHOR JAYA


Majlis makan malam untuk kutipan Dana PRU13 DAP Johor jaya telah diadakan di restaurant Cathay taman molek semalam.Majlis yang dihadiri oleh kepimpinan tertinggi pusat parti itu diserikan lagi dengan kehadiran pengerusi Dap pusat lim kit siang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat cina.






Setiap ruang dan sudut di dewan makan yang boleh memuatkan seribu orang hadiri dipenuhi dengan penyokong dap maupun pakatan rakyat hingga terpaksa meja dibuka diruang legar restaurant.Ramai anak-anak  muda masyarakat cina hingga ke wargaemas kelihatan menghadiri majlis yang dianjurkan ini.






Nyata mood masyarakat cina terutama di Johor jaya dan  pasir gudang amnya, ingin melihat perubahan  langskap  pemerintahan kepada yang lebih baik dan terjamin.Menarik pada majlis semalam apabila sekumpulan kepimpinan MCA pasir gudang  telah mengisytiharkan keluar parti untuk memberi sokongan kepada  DAP dan pakatan rakyat.Mereka juga telah ditemuramah oleh pihak media akhbar bebahasa cina dalam majlis tersebut.


Pas yang diwakili oleh bakal calon dun permas Tuan syed Othman turut berceramah dalam majlis tersebut selain pimpinan Pkr Steven chong dan kepimpinan Dap yang lain.

Senario dari sambuatan majlis yang diadakan itu,boleh dirumuskan dengan jelas menunjukkan masyarakat cina sudah menolak UMNO BN dan inginkan perubahan dengan menyokong bakal kerajaan baru dari pakatan rakyat.

Salah seorang pemimpin MCA yang mengisytiharkan keluar parti memberitahu penulis sebelum berakhirnya majis bahawa pakatan rakyat harus berusaha untuk menang bagi menyelamatkan Malaysia dari kerajaan UMNO BN yang korup.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas