Laporan serangan berdarah terhadap penceroboh di lahad datu yang mengorbankan beberapa orang termasuk pasukan keselamatan Malaysia telah disebarkan di media-media masa dikala ini.
Malaysiakini melaporkan Polis telah mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.
Apa yang menghairankan dalam krisis yang berlaku ini apabila kenyataan Presiden Benigno Aquino menyatakan Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah dan kerajaan Filipina dimaklumkan ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.
Dari mana dana itu? Dari siapa? begitulah antara kenyataan Presiden Benigno Aquino seperti dilapor viva.co.id. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Tetapi persoalan yang berlegar-legar dikalangan rakyat Malaysia termasuk dari warga tentera sendiri ialah kenapa terlalu mudah penceroboh memasuki Malaysia padahal Angkatan laut Malaysia mempunyai peralatan canggih.
ada ker orang nak belakon mati 2 he he he
ReplyDeletedah berapa belas orang belokong mati2 kalau gitu betul ker wahai bloger ????
mati bukan nya lakonan,cume secara secara tak langsung menjadi kambing hitam.
ReplyDeleteAku teringat peritiwa apabila WTC diserang oleh 'pengganas'...tiba-tiba pihak yang punya kuasa dunia menuding jari kepada Islam....lalu Islam dihentam cukup-cukup sedangkan kita semua maklum bahawa puak puaka zionis yahudilah punya angkara...memperjudikan nyawa manusia untuk kekalkan survival power...
ReplyDeleteJangan pandai menulis jer. buat andaian macam2. berdosa tahu tak.Serahkan kepada maha berkuasa. kalu tak tahu diam jer.Doakan kesejahteraan kepada pejuang kita-kita yang terkorban tu lebih baik dari mencari dosa dengan memfitnah yang bukan-bukan.
ReplyDeleteJangan menyebarkan fitnah ,tambahan pula untuk memecah belahkan kita orang2 islam.Bersatulah demi masa depan negara tercinta untuk memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi.Kerajaan telah banyak berjasa untuk membangunkan negara, sedarlah dan mengenanglah jasa itulah akhlak orang islam sebenar.
ReplyDelete