Mar 29, 2010

uisu setinggan Pinggiran Kempas dibawa ke Parlimen


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) membawa isu pengabaian hak rakyat mengenai perobohan beberapa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu ke Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Kerajaan Negeri Johor tampil membuktikan bahawa mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya kepentingan yang membabitkan orang-orang Melayu.

Tengah hari tadi, tindakan Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) meroboh beberapa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran Kempas tanpa memberi wang pampasan kepada penduduk terbabit dibawa ke lobi Parlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas, Ramli Haji Ibrahim ( mendakwa bahawa setiap keluarga terbabit berhak untuk mendapat sekurang-kurangnya RM30,000 daripada pihak berwajib kerana mereka bertanggungjawab membuka dan memugar tanah kampung setinggan itu, yang dahulunya merupakan hutan rimba.

“Kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan menteri-menteri lain, turunlah padang (dan) tengok (kesusahan) kami, di mana kami duduk sekarang.

“Kenapa kami tidak diberikan sesen pun, tidak seperti (penduduk setinggan) di Berembang (sedangkan) dari hutan rimba kami buka (kampung), berilah sekurang-kurangnya RM30,000 sagu hati bagi setiap keluarga,” katanya.

Ujarnya lagi, tindakan PTDJD mengusir rakyat, yang kebanyakannya terdiri oleh orang-orang Melayu adalah keterlaluan kerana kebanyakan mereka membina penempatan di tanah terbabit sejak 20 tahun yang lalu.

Selaku koordinator bersama-sama Ramli, Suhaizan Kayat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat berkata, sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai telahpun dirobohkan sejak Rabu lalu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Johor memaklumkan bahawa PTDJB bercadang merobohkan 20 buah rumah setinggan berbaki tiga hari lagi.

Manakala, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, kerajaan Persekutuan dicabar untuk campur tangan dalam kes tersebut lalu memberikan ‘wang ehsan’ kerana tanah setinggan itu sebenarnya di bawah pemilikan Kementerian Kesihatan Sumber harakah

Sekitar ceramah Ust Shahril Long di JB


Kejayaan menakjubkan buat Soi Lek tawan mahkota MCA

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Ia merupakan kejayaan menakjubkan yang dicapai Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, apabila beliau berjaya mengharungi pelbagai rintangan satu persatu sebelum beroleh kemenangan akhirnya semalam, menjadi presiden parti MCA selepas menumbangkan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.
Walaupun selepas meletak jawatan sebagai menteri kesihatan dan berundur daripada semua jawatan dalam parti pada bulan Januari 2008 ekoran tercetus skandal DVD seks, beliau berjaya “kembali” ke arena politik nasional dalam pemilihan parti Oktober 2008.
Ketika itu Dr Chua berjaya menumbangkan setiausaha agung parti Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang juga abang kepada presiden parti Tan Sri Ong Ka Ting dalam pertarungan empat penjuru.
“Walaupun berada di luar daripada jentera pentadbiran kerajaan, dan tanpa sebarang kedudukan dalam parti di peringkat nasional, Dr Chua berjaya menewaskan Ka Chuan dan tiga lagi calon ketika itu,” kata seorang penyokong Dr Chua dari kawasannya di Johor.
“Kali ini dia tampil kembali, berentap dalam pertarungan yang cukup sengit dan menumpaskan Ka Ting serta penyandang, Tee Keat. Dia menumpaskan Ong dua bersaudara yang dianggap kuasa dominan dalam parti. Dia juga berjaya menewaskan penyandang presiden,” tambahnya.
Sementara itu Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berjaya mempamerkan kehebatannya pada pemilihan ini apabila beliau dipilih sebagai timbalan presiden, menewaskan seorang lagi bekas naib presiden Datuk Seri Kong Cho Ha yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Tidak ramai yang yakin dengan kemampuan Liow pada mulanya kerana ramai yang menganggap bahawa Kong menjadi pilihan. Bagaimanapun nampaknya Liow berjaya mengatasinya,” kata seorang perwakilan dari bahagian Bentong.
Pemilihan bagi jawatan dalam jawatankuasa pusat pula menyaksikan keputusan yang bercampur, dengan penyokong Dr Chua memperolehi dua dari empat jawatan naib presiden menerusi Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Datuk Donald Lim.
Dua lagi terdiri daripada Datuk Chor Chee Hueng yang dikatakan menyokong Ka Ting, dan Gan Peng Shieu yang merupakan penyokong Tee Keat.
“Jika dilihat kepada senarai anggota jawatankuasa pusat, jelas tiada corak tertentu. Mesejnya jelas bahawa perwakilan tidak mahu satu-satu pihak tertentu menjalankan peranan mereka secara sendiri. Mereka percaya pemimpin kali ini tidak boleh memainkan peranan yang boleh memecah belahkan parti, kerana perwakilan boleh melihat dengan jelas siapa yang mahukan perpaduan dan siapa yang ingin memecahbelah parti,” kata Dr Ng.
Dari segi pemilihan anggota CC, ia menyaksikan campuran antara tiga pihak dengan sekurang-kurangnya 12 daripada mereka dikatakan menyokong Ka Ting, lapan penyokong Dr Chua dan lima lagi penyokong Tee Keat.
Ia termasuk Ka Chuan, yang dipilih menganggotai CC selepas kalah dalam perebutan ke jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti lepas kepada Dr Chua.
“Dua daripada tiga anggota CC yang menerima undi tertinggi adalah dari kalangan mereka dikenali mempunyai hubungan dengan Tee Keat. Oleh itu satu perkara yang menarik untuk melihat bagaimana presiden parti yang baru dapat menyusun semua mereka yang berjaya dipilih menganggotai untuk bekerjasama sebagai satu pasukan,” kata satu sumber dalaman parti.
Namun begitu walaupun memiliki jumlah anggota CC yang kurang menyokongnya, presiden parti masih mempunyai hak mutlak untuk melantik lapan lagi anggota jawatankuasa itu.
Bagaimanapun bagi kebanyakan penganalisis politik, adalah satu perkara yang menarik untuk melihat siapa yang akan dilantik oleh Dr Chua sebagai setiausaha agung, bendahari agung dan setiausaha penganjur nasional.
Ini kerana semua tiga pemegang jawatan semasa — Datuk Wong Foon Meng (setiausaha agung), Tan Sri Tee Hock Seng (bendahari agung) dan Simon Lim (setiausaha penganjur) dilantik oleh Tee Keat.
“Ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Seri Tan Chai Ho dijangka menjadi calon untuk jawatan setiausaha agung sekiranya Dr Chua memutuskan untuk tidak mengekalkan pemegang jawatan sedia ada,” kata satu sumber dalaman parti.
Selain itu adalah perkara menarik juga untuk melihat sama ada ketua pergerakan wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun akan mengotakan janjinya sebelum ini, yang beliau akan meletak jawatan sekiranya Dr Chua dipilih sebagai presiden parti. — Bernama

Nik Aziz tolak sidang Dewan Undangan Negeri khas bincang konflik istana

MACHANG - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menolak cadangan menganjurkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi membincang dan menyelesaikan konflik istana.

Katanya, tindakan mengadakan sidang DUN khas itu tidak membantu menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi keadaan.

“Masalah Istana adalah masalah teknikal dan perlu diselesaikan dengan berhemah. Ia adalah isu yang berkaitan kesayangan orang Melayu. Kita selesailah cara diam (baik). Kalau tidak, terpaksalah menggunakan Perlembagaan.

“Rakyat jangan mudah melatah. Bertenang dan marilah sama-sama kita berdoa agar masalah ini selesai secepat mungkin," katanya ketika diminta mengulas cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan agar sidang DUN khas diadakan bagi membincangkan kemelut istana.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kilang Nutraseutikal dan Memeterai Perjanjian Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd dan Global Biotech Produce Sdn Bhd di Labok, dekat sini.

Turut hadir adalah Exco Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustafa Salleh.

Dalam masa yang sama, Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, turut mengajak rakyat bersama-sama mendoakan Sultan Kelantan kembali pulih dari kegeringan.

“Pada pandangan saya, Tuanku masih gering dan untuk kembali sihat seperti sedia kala, baginda memerlukan masa. Saya berharap, seluruh rakyat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

“Buat sementara waktu tampuk pemerintahan diserahkan kepada Tengku Mahkota (Tengku Muhammad Faris Petra) dan saya percaya baginda mampu memandu Kelantan secara rohani dan fizikal,” katanya. SUMBER SINAR

PAK LAH MINTA BN JANGAN BERBALAH REBUT HULU SELANGOR

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menghentikan perbalahan dalam menentukan calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Katanya, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah calon itu mesti diyakini mampu merampas kerusi itu dari Parti Keadilan Rakyat.

“Semua pihak juga perlu memastikan kerja dijalankan atas semangat muafakat dan berusaha sebaik mungkin untuk merampas kembali kerusi Parlimen itu," katanya.

Isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor timbul apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mencadangkan timbalannya, Datuk G. Palanivel sebagai calon di kawasan yang pernah diwakilinya selama tiga penggal sebelum ini.

Pada masa sama, nama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib turut disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk bertanding kerusi tersebut.

Mar 27, 2010

Umno dan MIC Berebut Kerusi Hulu Selangor

Belumpun kering tanah bersemadinya Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, Umno dan MIC dilaporkan bergelut merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahu calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang, manakala MIC telahpun mencalonkan timbalan presiden G Palanivel.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.

Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.

Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus.

Mar 26, 2010

BN Terpaksa akur, Berdepan Pilihanraya kecil

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional terpaksa juga akur dan perlu berdepan dengan pilihanraya kecil walau telah berulang kali mengelakkan dari pilihanraya kecil sebelum ini.
Menurut Badrul Hisham Shaharin BN hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin.
"Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis.
"Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia selepas mengalami barah otak sejak sekian lama," kata Badrul dalam blognya.
Menurut Badrul, berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno.
"Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain," jelas Badrul dalam blognya.
Untuk rekod, pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.
"kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca yang paling layak bertanding.
"Meletakan calon bagi Bn amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno Bn. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya," kata Badrul lagi.
Badrul berkata, begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit.
"Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud," jelas beliau.
Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.
Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.
Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.
Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional terpaksa juga akur dan perlu berdepan dengan pilihanraya kecil walau telah berulang kali mengelakkan dari pilihanraya kecil sebelum ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, BN hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin.

"Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis.

"Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia selepas mengalami barah otak sejak sekian lama," kata Badrul dalam blognya.

Menurut Badrul, berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno.

"Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain," jelas Badrul dalam blognya.

Untuk rekod, pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

"kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca yang paling layak bertanding.

"Meletakan calon bagi BN, amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno BN. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya," kata Badrul lagi.

Badrul berkata, begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit.

"Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud," jelas beliau.

Terdahulu, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

sumber

AIR MATA KEMPAS JOHOR



Mar 25, 2010

SEKITAR GAMBAR SETINGGAN KEMPAS YANG DIROBOHKAN







Ekoran bantahan penduduknya hari ini, operasi meroboh rumah setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas di Johor Bahru ditangguhkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

Ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat (foto) berkata, operasi perobohan itu dilakukan oleh petugas dari Pejabat Tanah Johor Bahru pagi tadi.

Menurutnya, pihak berkuasa juga bersetuju untuk menyambung semula bekalan elektrik yang diputuskan pagi tadi.

Berikutan itu, katanya, operasi perobohan tersebut dihentikan pada kira-kira jam 6 petang ini.

Pagi tadi, kira-kira 200 aktivis dan penduduk kampung berkenaan berhimpun untuk mempertahankan rumah di situ daripada dirobohkan oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.

Mereka berkumpul di situ kira-kira jam 10 pagi untuk mempertahankan kira-kira 35 buah rumah di situ, kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mereka membuat 'rantai manusia' untuk menghalang pekerja pejabat tanah berkenaan serta jentera lain daripada masuk ke situ.

Sehingga jam 10.45 pagi tadi, kira-kira 10 buah rumah kosong kerana
penghuninya telah berpindah ke projek perumahan rakyat (PPR) di Kempas, kira-kira satu kilometer dari situ.

Menurutnya, selain Kampung Denai Pinggiran, operasi perobohan itu juga dilancarkan di dua buah lagi kampung setinggan - Kampung Seri Rahmat 1 dan Seri Rahmat 2.

Bagaimanapun, katanya, rumah-rumah di kedua-dua kampung tersebut telahpun dikosongkan oleh penghuninya yang sudah berpindah ke PPR di Kempas - kecuali satu dua buah rumah yang masih berpenghuni.

Sebuah daripadanya ialah rumah milik pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk setinggan Kempas, Ramli Ibrahim di Kampung Seri Rahmat 2 (foto).

Suhaizan memberitahu rumah Ramli telah dirobohkan pada jam 11 pagi tadi ketika Ramli dan lima anggota keluarganya masih berada di dalam rumah mereka.

Sebelum dirobohkan, katanya, anggota polis telah menarik keluar Ramli dan anggotanya dari rumah itu.

Sehingga jam 11.50 pagi tadi, katanya, ada sebuah jentolak sedang bersiap untuk masuk ke Kampung Denai Pinggiran untuk melakukan kerja-kerja perobohan.

Bagaimanapun, penduduk dan aktivis di situ menghalang laluan jentolak tersebut.

Ketika dihubungi petang ini, Suhaizan berkata, jentolak berkenaan bagaimanapun, berjaya merobohkan 10 buah di kampung itu selepas mengambil jalan lain untuk ke situ.

Kejadian itu, katanya, berlaku antara jam 12 tengahari hingga 2 petang tadi.

Ekoran bantahan penduduknya hari ini, operasi meroboh rumah setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas di Johor Bahru ditangguhkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

Ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat berkata, operasi perobohan itu dilakukan oleh petugas dari Pejabat Tanah Johor Bahru pagi tadi.

Menurutnya, pihak berkuasa juga bersetuju untuk menyambung semula bekalan elektrik yang diputuskan pagi tadi.

"Terdapat 24 rumah lagi yang berpenghuni yang belum dirobohkan. Setakat ini juga, tidak ada sebarang tangkapan," katanya sambil menambah anggota polis turut dihantar untuk mengawal keadaan di situ.

Menurut Suhaizan (foto), sehingga jam 3.30 petang ini, para petugas pejabat tanah masih lagi berada di situ.

Pada masa ini, katanya, mereka berhenti sekejap untuk berbincang dengan seorang pemimpin Umno cawangan yang mana kedainya juga terbabit dalam operasi perobohan tersebut.

Bagaimanapu, kedai pemimpin Umno tersebut turut dirobohkan bersama empat lagi kedai di situ.

Mar 23, 2010

SETINGGAN KEMPAS UBAH ATAU TERUS DI TIPU




Pada 23.03,10 ceramah pada sebelah malam dikawasan setinggan saya berpesan kepada warga setinggan Kempas ubah atau terus ditipu oleh Kerajaan BN ,Wakil rakyat tuan tuan hanya ingat ketika Pilihanraya sahaja ,Nasib Setinggan kempas sama sahaja dengan Penduduk Plentong di tipu oleh BN .

Ahli Parlimen PR, BN Setuju '916' Bukan Lagi Isu.

KUALA LUMPUR, 22 MAC - Wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang menganggap pelan peralihan kuasa yang dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas Zahrain Mohamed Hashim, bukan isu yang perlu dihebohkan atau mempunyai kesan langsung kepada politik negara hari ini.

“Tiada asas, apa yang berlaku pada waktu itu ialah satu gerakan dalaman Umno yang bergerak untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada masa itu, itu satu benda yang tidak boleh dinafikan.

“Pertama sekali berdasarkan beberapa kenyataan-kenyataan tidak puashati terhadap kepimpinan Pak lah pada masa itu dan perbahasan di Parlimen oleh wakil-wakil dari Sabah, protes dari beberapa orang wakil Sabah yang dilantik untuk jawatan sekurang2nya Timbalan Menteri untuk menolak tawaran itu, itu protes terhadap PakLah dan Umno Barisan Nasional.

“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,”kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.

“Nama-nama yang didedahkan merupakan nama-nama yang digunakan pihak berkenaan untuk menyakinkan, saya juga sempat berjumpa beberapa Ahli Parlimen, mereka katakan pernah diberi janji dan tuduhan contohnya Yang DiPertuan Agong telah perkenan..dikatakan beberapa Ahli Parlimen akan melompat dan mereka tolak bulat-bulat...dan kalau betul seperti apa itu berlaku dan mereka masih tidak melompat ke sebelah sana, saya kagum kerana ini menunjukkn kesetian mereka kepada Barisan Nasional,”kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Meskipun Umno mendapat peluru baru untuk menyerang gagasan pembangkang, namun pemerhati politik berpendapat impak tuduhan Zahrain tidak meninggalkan luka pada tubuh Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benada yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?,"kata Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari.Sumber

Mar 21, 2010

Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang



Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.

Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.

"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

"Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.

Mar 20, 2010

Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.

Mar 19, 2010

Ku Li Kecewa Jasanya Dibalas Kemarahan



PASIR PUTEH, 19 MAC — Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan kecewaan kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.

Menurutnya hasil penubuhan itu Petronas menyumbangkan RM75 bilion setahun kepada kerajaan pusat iaitu 42 peratus daripada pendapatan punca hasil negara. — Bernama

Mar 18, 2010

NASIB PENEROKA BANDAR DI SELANGOR TERBELA DI BAWAH PAKATAN



Johor Bahru sebuah bandaraya tersergam megah turut mempunyai masalah setinggannya yang tersendiri. Untuk berkongsi pengalaman Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor menangani isu peneroka bandar dan setinggan, PAS Kawasan Johor Bahru telah menjemput Saari menyampaikan ceramah dengan memberi fokus kepada isu peneroka bandar dan setinggan. Saari telah mengupas dasar dan kebijaksanaan Pakatan Rakyat Selangor menangani kes-kes setinggan Kg Berembang, Rimba Jaya dan paling terperinci diulas oleh Saari adalah kejayaan kerajaan negeri mengurus dan menyelesaikan masalah setinggan Bukit Botak.

Saari juga turut berkongsi pengalaman beliau sendiri menangani kes-kes peneroka bandar dan setinggan di Hulu Kelang seperti kes Kg Batu 8, Kg Warisan dan Kg Fajar. Tidak ketinggalan juga diulas adalah tentang pemindahan setinggan yang tertangguh ke Sg Sering dari Bukit Cheras dan Sri Nilam Ampang dan kes-kes pemulihan projek-projek terbengkalai di negeri Selangor.

Turut menyampaikan ceramah adalah YDP PAS Kawasan Johor Bahru, En Rosli Kemin (di sebelah kanan Saari) dan Syed Othman (berbaju putih hijau)

UCAPAN SULUNG MP BEBAS ZAHRAIN SERANG ANWAR

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Sidang Dewan Rakyat yang masuk hari ketiga hari ini hangat apabila Ahli Parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim mengecam bekas ketuanya sambil meluahkan rasa kecewa beliau dan mendakwa PKR menjadi “hamba” kepada DAP.

Dalam ucapan sulungnya selaku wakil rakyat Bebas, Ahli Parlimen Bebas menggunakan peluangnya untuk mengecam Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau telah menipu peristiwa 16 September akan benar-benar berlaku.

Zahrain (kiri) juga mendakwa ketika itu beliau diyakini bahawa Penasihat PKR itu telah memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami telah ditipu dengan cerita bahawa Agong menunggu di istana... menunggu untuk mendapatkan pengesahan bahawa sudah ada sejumlah Ahli Parlimen menyertai pembangkang dan kami ada cukup bilangan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.SUMBER

“Agong juga dikatakan telah memberi perkenan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai perdana menteri,” kata beliau dengan diiringi suara “ooh” dari kalangan anggota Dewan Rakyat.

Suara menyokong dan membantah kedengaran apabila Zahrain meneruskan ucapannya.

Penyokong-penyokong pembangkang pula mengambil peluang untuk mendakwa Zahrain dibeli oleh BN manakala Anwar pula memberitahu Dewan Rakyat bahawa bekas ketua PKR Pulau Pinang itu hanya berminat untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan.

Zahrain membalas dengan memberitahu Anwar, “anda jangan berbohong”.

Ketika itu Anwar keluar dari Dewan Rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen BN mendakwa Anwar tidak boleh bertahan dengan bahang serangan Zahrain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kemudian memberitahu, “takut, takut, takut, takut, takut.”

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen sejurus selepas sidang Dewan Rakyat ditangguhkan, Zahrain mempertahankan kecamannya terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Zahrain yang meninggalkan PKR bulan lalu berkata, beliau berhak untuk mengeluarkan pendirian sedemikian.

“Saya hanya memberitahu sebab-sebab saya keluar parti, kekecewaan saya dengan Keadilan dan janji-janji yang dibuat oleh Ketua Umum yang mana semuanya adalah pembohongan,” katanya.

Ketika ditanya bilangan Ahli Parlimen yang didakwa dimiliki Anwar untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008, wakil rakyat Bayan Baru ini enggan memberikan jawapan.

“Saya tidak kisah pasal soal angka, saya hanya menceritakan perkara sebenar, kebenaran, Apa yang saya lalui... Bagi saya itu (angka) tidak relevan,” katanya.

Sambil mempertahankan pendiriannya meninggalkan PKR, Zahrain berkata keputusan beliau dipercepatkan dengan cara Ketua Menteri Lim Guan Eng menguruskan negeri Pulau Pinang.

Zahrain menambah, apabila isu diktator dan chauvinis muncul beliau tidak dipertahankan.

“Itu menjadi sebab terakhir (saya keluar),” kata Zahrain yang lantang mengkritik Lim.

Terdahulu Anwar, yang tergesa-gesa meninggalkan sesi Parlimen sejurus selepas Zahrain berucap, mengkritik balas bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sambil berkata beliau berbohong apabila bercakap mengenai isu 16 Sept.

“Ahli Parlimen mana yang datang ketika pengambilalihan kuasa? Tiada siapa yang datang,” kata Anwar.

“Tiada siapapun di sini. Ia tidak benar sama sekali... dia digunakan oleh Umno dengan harga yang murah, untuk apa?

“Dia hanya marah kerana orang ramai (mula) menuduh dia kerana syarikat dua ringgit. Itu isu sebenarnya,” kata beliau.

Mar 16, 2010

KAMI NAK PAMPASAN:PENDUDUK KG DENAI PINGGIRAN KEMPAS



Gambar Penduduk Kg Denai Pinggiran, Kempas yang membantah notis ke-2 merobohkan rumah mereka pada 18.03.10.Bagi Penduduk Kg Denai Pinggiran Kempas mereka menuntut pampasan yang sewajarnya kepada kerajaan Negeri Johor ,kami telah teroka kampung ini hampir 26 tahun ,kenapa langsung tiada pampasan kepada kami ,kata salah seorang penduduk tersebut kepada saya baru baru ini.

Dilema Najib: Cukai rakyat atau hilang undi

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

najib and malaysia peopleMenurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.

najib announce gdp 240210 02Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara.

“Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan,” kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN.

Sarawak juga membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.

Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sessi parlimen yang bermula hari ini.SUMBER

Lapan Senator tetap sokong kepimpinan Anwar

Lapan senator menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Senator Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menegaskan perikatan parti pembangkang tetap utuh meskipun empat wakil rakyat mereka isytihar keluar parti.
"Kita melahirkan keyakinan kami kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang," kata Senator Dr Syed Husin Ali kepada media, selepas Yang Di-Pertuan Agong merasmikan persidangan Parlimen hari ini.
"Kita adalah saksi bahawa Pakatan Rakyat semakin kuat sebagai satu gagasan. Di peringkat akar umbi, sokongan semakin membuak-buak. Kita bukan sahaja lebih bersatu, bahkan lebih ramai," tegas beliau.
Pendirian yang sama turut disuarakan Senator Mumtaz Mohd Nawi dari Kelantan dan Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari Pulau Pinang.
"Kita sentiasa bersama Anwar kerana pengalaman luasnya dalam kerajaan," tegas Mumtaz.
"DAP menyokong penuh kepimpinan Anwar. Sepertimana di Pulau Pinang, PR semakin kuat dan bersatu," tambah Tunku Abdul Aziz.
Deklarasi lapan senator ini menyusuli solidari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.
Sementara itu, wakil rakyat bebas Zulkifli Noordin yang dipecat Parti Keadilan Rakyat minggu lalu atas masalah displin akan menyerang bekas ketuanya dalam sesi Parlimen akan datang.
Beliau akan membawa usul memecat Anwar selaku Ketua Pembangkang. -TVS-
Dalam perkembangan yang sama, jagoan Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang digantung 12 bulan dari menghadiri persidangan sejak 12 Mac tahun lepas akan kembali beraksi dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.

KUALA LUMPUR : Lapan senator menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Senator Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menegaskan perikatan parti pembangkang tetap utuh meskipun empat wakil rakyat mereka isytihar keluar parti.

"Kita melahirkan keyakinan kami kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang," kata Senator Dr Syed Husin Ali kepada media, selepas Yang Di-Pertuan Agong merasmikan persidangan Parlimen hari ini.

"Kita adalah saksi bahawa Pakatan Rakyat semakin kuat sebagai satu gagasan. Di peringkat akar umbi, sokongan semakin membuak-buak. Kita bukan sahaja lebih bersatu, bahkan lebih ramai," tegas beliau.

Pendirian yang sama turut disuarakan Senator Mumtaz Mohd Nawi dari Kelantan dan Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari Pulau Pinang.

"Kita sentiasa bersama Anwar kerana pengalaman luasnya dalam kerajaan," tegas Mumtaz.

"DAP menyokong penuh kepimpinan Anwar. Sepertimana di Pulau Pinang, PR semakin kuat dan bersatu," tambah Tunku Abdul Aziz.

Deklarasi lapan senator ini menyusuli solidari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.

Sementara itu, wakil rakyat bebas Zulkifli Noordin yang dipecat Parti Keadilan Rakyat minggu lalu atas masalah displin akan menyerang bekas ketuanya dalam sesi Parlimen akan datang.

Beliau akan membawa usul memecat Anwar selaku Ketua Pembangkang.

Dalam perkembangan yang sama, jagoan Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang digantung 12 bulan dari menghadiri persidangan sejak 12 Mac tahun lepas akan kembali beraksi dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. -TVS-

Mar 12, 2010

GST Ditolak : BN Hadapi Krisis Kepercayaan

KUALA LUMPUR : Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat akibat golongan perniagaan yang menolak GST.

"Kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan GST adalah bertepatan dengan keputusan yang di buat oleh sidang meja bulat berkenaan isu GST yang di anjurkan oleh Lujnah Pengguna PAS Pusat yang disertai oleh pelbagai pihak yang turut membuat keputusan meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-undang GST di Perlimen pada sidang yang akan bermula 15 Mac ini," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan medianya yang dihantar kepada Erapakatan.com.

Menurut Mahfuz, penangguhan bacaan kedua ini menunjukkan kerajaan perlu menarik balik Rang Undang-Undang tersebut.

Tuntutan FMM itu juga disifatkan sebagai 'undi tidak percaya' masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST," tegas Mahfuz.

Mahfuz berkata, pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara sama ada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain-lain.

Kerajaan juga katanya tidak boleh hanya menjadikan alasan negara di dunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya dan tindakan tersebut adalah terlalu dangkal.

"Sedangkan perlaksanaan GST di negara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan," tegas beliau lagi.

Bagi Mahfuz, di Malaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk di kenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tidak sampai paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan.

Ini bemakna jika GST di laksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak di cukai akan di cukaikan di bawah GST.

Tindakan Kerajaan dilihat terlalu dangkal apabila hanya menjadikan asalan negara di dunia sudah beralih kepada GST maka Malaysia juga perlu mengikutinya.

"Oleh itu saya menuntut kerajaan pada 16 Mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik Rang Undang-Undang GST," tegas beliau lagi. Tv antara