Manusia yang beriman akan melumba-lumba mencari peluang kebaikan untuk mendapatkan pahala sebagai saham akhirat biarpun dalam keadaan habuan dunia terbentang didepan mata.Sebahagian manusia itu walaupun telah disibukkan dengan dunia yakni kemewahan hidup didepan mata tetapi telah mengenepikan semuanya itu semata-mata ingin mengerjakan amal jariah dan berbuat kebaikan kerana niat kerana Allah.
Anugerah yang dikurniakan oleh Allah swt selain digunakan untuk menegakkan agama Allah ia juga digunakan untuk berbakti kepada golongan yang tidak kemampuan.Itulah yang telah dilakukan oleh sebahagian pertugas PAPISMA JOHOR yang berusaha untuk mengunakan kepakaran yang dianugerahkan oleh Allah untuk menabur bakti pada saudara-saudara seislam yang kurang berkemampuan.
Program berkhatan PAPISMA JOHOR tahun ini adalah kali ke 2 diadakan.seperti juga tahun lepas ada beberapa tempat dipilih sekitar negeri Johor untuk program kebajikan secara percuma untuk golongan asnaf.
Kali ini program pertama bermula secara rasminya di Tahfiz Al-Mukhlisin Wisma Al-Umm kluang Johor,program dengan tema "BERKHATAN MARHABBAH" anjuran bersama PAPISMA JOHOR dan YAYASAN AMAL MALAYSIA negeri Johor.Sasaran Program berkhatan ini adalah anak-anak yatim-piatu dan anak-anak miskin tegar di daerah kluang dan yang berdekatan.
Ini adalah program berkhatan pertama kali diadakan dikluang dan seramai 40 peserta telah dikhatankan oleh pasukan perubatan papisma yang diketuai oleh pakar perubatan Dr Khairulsaleh dan pengerusi papisma Johor Dr Norhaimaz.Pertugas perubatan yang terlibat dalam program ini seramai 4 orang terdiri daripada Dr Sufian,Dr Nor Ashikin dan Dr Normasrina dibantu oleh pelajar sukarelawan dari kolej perubatan bersekutu tampoi.
Salah seorang bapa kepada peserta berkhatan Mohd Zulmajdi hj jamaian 32 tahun berkata beliau amat bersyukur dan berterima kasih diatas usaha papisma mengadakan program kebajikan seperti ini memandangkan rata-rata yang terlibat adalah kalangan anak miskin tegar.Katanya harus ada program seperti ini setiap tahun kerana masih ramai yang diluar sana tidak dapat peluang seperti ini.Beliau memuji langkah yang diambil oleh penganjur kerana ia bertepatan dengan Islam itu sendiri adalah kebajikan.
Timbalan pengarah program Saudara Mahat Ismail 60 tahun berkata program seperti ini harus diteruskan setiap tahun kerana ia banyak mendatangkan maafaat kepada anak-anak yang dikhatankan dan juga ibubapa anak itu sendiri.Manakala mudir tahfiz almukhlisin yang juga pengarah program Tuan hj Faudzi berkata program ini adalah kali ke dua diadakan di tahfiz tersebut dan matlamat program seperti ini adalah untuk membantu anak para asnaf dan mengeratkan lagi ukhuwah dan silatulrahim didalam masyarakat terutama untuk mereka lebih mengenali Islam itu melalui aktiviti yang dianjurkan oleh NGO islam ini.
Program BERKHATAN PAPISMA JOHOR akan diteruskan dan akan singgah di pasti gelang patah minggu ini....Jutaan terima kasih buat Dr Khairulsaleh,Dr Norhaimaz,Dr Sufian,Dr Nor Ashikin,Dr Normasrina dan pertugas yang lain Mohd Nidzammuddin,Auzani Akramin,Mohd Khusairi,Muhammad Hibatul wari dan Muhammad Arizatul Firdaus.
Tahniah untuk semua....moga Allah saja yang akan membalasnya..
abusiraj almuner
lawati FB untuk melihat Gambar2 program
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.404810726254128.90643.100001756132927&type=1
No comments:
Post a Comment