Nov 3, 2012

PAR PERMAS MELAWAT IBU TUNGGAL YANG DHAIF


Dalam negara yang sudah merdeka selama 53 tahun dan matlamat ingin menjadikan malaysia negara maju masih ada segelintir rakyatnya masih menghadapi kesukaran dalam menempuhi kehidupan seharian.Adakah definasi negara maju kerajaan UMNO, rakyat dibiarkan hidup papa kedana dalam kemiskinan dan pemimpin hidup mewah dan kaya raya?dalam mengecapi kemerdekaan inilah sepatuhnya rakyat tidak ada lagi yang susah kerana UMNO BN yang sudah memerintah sekian lama itu sudah pakar dalam mengatasi permasalah rakyat akar umbi ini.

Berbalik kisah di rumah pangsa Taman cendana,PAR permas telah menziarahi penduduk di blok 45,yang senang dan yang susah.Ziarah-menziarahi amalan dan sunnah nabi..sesiapa yang melakukannya mendapat pahala.Dalam program ziarah itu kami dimaklumkan oleh salah seorang penduduk bahawa seorang penghuni berbangsa india yang hidup amat dhaif di tingkat 4.kami terus ke rumahnya menziarahi untuk melihat keadaannya.

Uthayakumar a/p s.komarasamy 42 tahun seorang ibu tunggal yang kematian suaminya setahun yang lalu.Ibu kepada 8 orang anak ini berkata sejak suaminya meninggal dunia akibat sakit TB beliau pernah berkerja di singapura tetapi terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan.Beliau yang menghadapi masalah usus itu telah menjalani pembedahan pada bulan januari lepas dan sejak itu beliau tidak mampu lagi untuk berkerja.Anak-anaknya seramai 4 orang yang berusia dalam lingkungan 15 ke 13 tahun sudah tidak bersekolah dan berkerja mencari barang lusuh untuk menyara mereka sekeluarga.beliau yang menerima bantuan JKM itu juga sudah tidak menerima bantuan JKM lagi,dakwa beliau Pihak JKM memaklumkan kepadanya JKM sedang memproses semula bantuan mereka.Hingga kini dakwanya sudah hampir 5 bulan beliau tidak menerima bantuan JKM.

Menurut kata Saodah bte Abd samad 50 tahun,seorang peniaga jiran terdekat yang sering membantu beliau, Uthayakumar kerap mengambil air untuk kegunaan harian daripada rumah jiranya kerana bekalan air dirumahnya telah diputuskan kerana gagal membayar bill air begitu juga dengan bekalan letrik.Keluarga ini sudah hidup bergelap sekian lama.Makanan pula kadang-kadang hasil belas ihsan jiran terdekat.

Berat mata memandang  berat lagi bahu memikul...itulah istilah yang mampu terkata apabila melihat penderitaan yang dihadapi oleh Uthayakumar ini.PAR PERMAS amat bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh uthayakumar,mengulas mengenainya penyelia PAR PERMAS syed othman abdullah berkata beliau akan menghubungi JKM dan agenci yang berkaitan yang boleh membantu meringankan beban yang ditanggung Uthayakumar ini,apa masa yang sama PAR PERMAS akan memyumbangkan keperluan asas untuk uthayakumar.


abusiraj almuner




No comments:

Post a Comment