Nov 3, 2012

PAR PERMAS PERIHATIN


Nasib seorang lelaki setelah kilangnya ditutup hampir 7 tahun lepas merubah kehidupan beliau sekeluarga.Kehidupannya yang dulunya mampu seadanya serta-merta berubah dan kesukaran mendapat kerja tetap membuatkan hari-hari yang dilalui amat sukar tambahan pula ahli keluarga yang ramai yang perlu ditanggung.

Penyelia PAR PERMAS Syed Othman Abdullah bersama Timbalan PAR Ust Kelana bakri dan Setiausaha PAR abusiraj almuner menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada PAPISMA JOHOR kepada Razali B.khalid 35 tahun dari blok 24,rumah pangsa tmn cendana pagi semalam.

Razali b.khalid 35 tahun terpaksa diberhentikan kerja kerana kilangnya ditutup.Beliau mempunyai 7 orang anak dan seorang ibu mertua berusia 74 tahun yang mengidap penyakit hilang ingatan dan perlu diberi perhatian sepenuh masa yang perlu disara.katanya setelah kilangnya ditutup pada tahun 2007,beliau ada berkerja selama 2 tahun kontrak bersama syarikat swasta dan hingga kontraknya tamat pada pertengahan tahun 2009 dan tidak disambung semula.Sejak 2009 itu beliau memohon banyak perkerjaan tetap tetapi gagal.kadang-kadang katanya beliau mengambil upah memasang saluran paip dan berkerja sementara dengan gaji yang tidak mampu untuk menyara 9 orang tanggunganya itu.

Halipah bte Talib 37 tahun isteri Razali berkata bill leterik dan air sudah tidak dibayar hampir setahun lebih dan mereka sekeluarga terpaksa bergelap di malam hari,ini menyebabkan sukar untuk anank-anak mereka untuk mengulangkaji pelajaran..Makanan untuk seharian juga katanya seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Ada juga jiran yang simpati yang menghantar makanan untuk mereka.


abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment