KUALA  LUMPUR 21 Jan: Peguam negara mengguna hukum rimba apabila memfailkan  rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim,  kata Naib Presiden  KEADILAN, N Surendran.
Beliau merujuk kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menyatakan  kononnya rayuan tersebut difailkan berdasarkan kepada bukti keterangan  dan undang-undang.
“Yang nyata rayuan ini bermotifkan politik, secara tidak sah dan  dipengaruhi oleh keputusan pemerintah BN. Sekiranya pejabat peguam  negara meneruskan rayuan berdasarkan keterangan dan undang-undang, tidak  akan ada rayuan difailkan terhadap pembebasan ini.
“Satu-satunya jenis undang-undang rayuan seperti ini mungkin  berasaskan kepada hukum rimba,” kata beliau sambil menambah keputusan  itu memalukan reputasi negara diperingkat antarabangsa.
Menurut Surendran,  sejak 1998, peguam negara telah menjadi alat  kepada Umno untuk melakukan pendakwaan tidak bermoral terhadap Anwar  dengan tujuan memenjarakan dan menamatkan karier politik ketua  pembangkang itu.
Tambah beliau,  Abdul Gani sepatutnya mempertimbangkan keperluan  rayuan berdasarkan keseluruhan bukti yang disampaikan pada perbicaraan  itu dan kecatatan serta kelemahan pendakwaan.
“Seperti ditunjukkan secara jelas oleh peguam semasa perbicaraan, kes  terhadap Anwar sangat lompong malah tiada keperluan untuk melihat  alasan penghakiman,” ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.
Menurut Surendran, rayuan tersebut juga menunjukkan penyalahgunaan  kuasa oleh Barisan Nasional sejak 54 tahun lalu, akibat pemerintahan  yang rasuah dan autoritarian.
“Rayuan ini adalah bukti lanjut bahawa janji-janji Najib membuat  perubahan dan pembaharuan adalah tidak lebih daripada penipuan  besar-besaran dan hipokrit ke atas rakyat negara ini,” ujar beliau.
Apa yang jelas katanya, motif ayuan ini adalah untuk memenjarakan  Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat dari memenangi kuasa kerajaan  Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.
Namun, walau apapun terjadi, katanya,  Anwar dan Pakatan Rakyat tidak  akan  gagal dalam perjuangan untuk membawa perubahan dan pembaharuan,   bagi membentuk Malaysia yang lebih adil dan saksama.                sumber   
No comments:
Post a Comment