Jan 19, 2012

BANTUAN BRIM BALING KERUSI DI PJU





Pautan pada catatan ini
Gambar sekadar hiasan

[SH] PETALING JAYA – Penyerahan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia Parlimen Petaling Jaya Utara di SMK Perempuan Sri Aman dekat sini kecoh selepas 150 pemohon yang layak tidak dapat menuntut wang masing-masing kerana ketiadaan surat pengesahan.

Beberapa insiden baling kerusi dilaporkan berlaku menyebabkan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Rata-rata pemohon kesal dengan pihak penyelaras parlimen kerana gagal menyerahkan surat pengesahan kepada 150 pemohon menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama.

Keadaan kecoh mula reda selepas pihak Bank Simpanan Nasional membenarkan pemohon menggunakan kad pengenalan untuk menuntut wang masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Penyelaras Dun Kampung Tunku Kelvin Chong memberitahu dia tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan surat terbabitkan melainkan ianya diuruskan oleh penyelaras parlimen.

“Kami faham penduduk marah tentang hal ini, jadi saya bagi pihak parlimen turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,”katanya

Menurutnya lagi, mereka yang menghadapi kesulitan boleh menghubungi pejabatnya selepas ini.

Difahamkan seramai 2948 pemohon BR1M Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Tunku layak menerima bantuan melalui permohonan yang dibuat dari 10 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.

P/s: Kesian....Banyak betul DUGAAN rakyat marhaen untuk dapatkan RM500. Tapi pemimpin yang duk 'cekik' berjuta-juta duit rakyat tu relaks je...Kah kah kah....

No comments:

Post a Comment