Oct 27, 2011
Ibu bapa persoal bayaran RM10 (Sekolah Agama)
JOHOR BAHRU - Sekumpulan ibu bapa di Kota Masai, Pasir Gudang di sini menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan sebuah sekolah agama di kawasan terbabit yang didakwa mengenakan bayaran tambahan tidak munasabah untuk setiap pelajar.
Menurut mereka, sekolah terbabit mengenakan bayaran RM10 setiap bulan untuk setiap pelajar sejak sepuluh tahun lalu.
Seorang bapa, Zainorin Sajat, 39, berkata, mereka inginkan penjelasan terperinci ke mana wang tersebut disalurkan memandangkan bayaran tersebut agak membebankan kerana perlu dibayar setiap bulan.
Katanya, setiap kali mengajukan soalan kepada pihak pengurusan sekolah, mereka diberi alasan yang tidak jelas dan jika ada ibu bapa yang tidak menjelaskan bayaran terbabit, kad laporan prestasi anak-anak mereka akan disekat oleh pihak sekolah.
"Pada mulanya, mereka kata wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah kedai yang dijadikan kelas serta pelbagai kos lain tetapi selepas bangunan sekolah siap awal tahun ini, kami masih dikenakan bayaran sama.
"Jika benar wang tersebut digunakan untuk membayar sewa, tunjukkan kami semua butiran pembayaran," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang semalam.
Sementara itu, seorang lagi bapa, Azarudin Johar, 41, mendakwa, meskipun RM10 dilihat agak kecil, namun dia agak terbeban kerana tiga anaknya belajar di sekolah terbabit.
"Bayangkan, jika RM30 setiap bulan terpaksa saya bayar untuk tiga anak yang bersekolah di sana, berapa pula yang terpaksa saya bayar setiap tahun.
"Ini tidak kira dengan bayaran yuran tahunan yang wajib dibayar setiap kali pendaftaran. Tahun hadapan, saya akan lebih terbeban kerana seorang lagi anak saya akan mula bersekolah di situ," katanya.
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat surat yang ditandatangani ibu bapa untuk meminta agar wang tambahan tersebut dimansuhkan.
"Surat tersebut akan saya bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekolah agama tu sekolah kerajaan atau swasta? Kena faham-fahamlah kalau swasta.
ReplyDeleteberapa kos pakcik beli rokok untuk 1 bulan?????tapi kenapa untuk anak2 kita yang akan bacakan yasin bila kita mati esok2, nape lah nak bekira sangat.
ReplyDeletejelaskanlah untuk bayaran ape rm 10.00 tu......baru ibu bapa berpuas hati......mereka cuma nak tau untuk ape?
DeleteIbu Bapa bukan mempertikai bayaran Rm10, tetapi kemana duit itu di belanjakan ,Hampir 1000 pelajar, dan tiada kemudahan yang cukup seperti meja dan kerusi,dan ada pelajar terpaksa kongsi meja dan kerusi bahkan ada pelajar belajar di lantai...kenapa Belanjawan sekolah agama di ketepikan ?
ReplyDeleteanggap aje sedekah...mudah2an kita dirahmati allah...sungguh bertuah kita duduk kat NEGERI JOHOR. ada sekolah agama...ingat,ALLAH akan menerima segala perbuatan baik...bayar aje RM 10 tu...mudah2an mereka dapat gunakan duit tu dengan betul.kalau tak betul, mereka2 itu akan dapat azab diakhirat.jgn marah2...
ReplyDeletebetul2...pejam mata, bayar je rm10 sebulan.anggap itu saham akhirat. kita orang kota masai kena banyak bersabar...kesian cikgu2 sekolah agama tu.kita kena berterima kasih pd mereka kerana sanggup ajar anak2 kita.rm10 kecil kalau dibandingkan dgn sekolah tadika swasta yg mencecah rm100 dan lebih.
ReplyDeleteni sekolah agama johor.apa kena mengena dgn belanjawan.RM10 sebulan pun kecoh.tadika sampai rm100 sebulan tak kecoh pulak.ini agama kita,agama islam,sabar je la...ada hikmah rm10 tu...allah akan membalas,itu janji allah.islam itu benar,mati itu benar,jangan diungkitkan lagi pasal rm10.malu kalau agama lain dengar.sabar je la pakcik2 dan makcik2...
ReplyDeleteSaya pun pelik nape mesti dikenakan byran..sedangkan sek agama dikawasan2 lain tak pula dikenakan pembayaran bulanan seperti dik
ReplyDeleteskudai dan taman U..kenapa dipasir gudang pula dikenakan byran?
Sebenarnya bukan kecoh...cuma bayaran nampak kecil cuma rm 10...tapi kalau anak yg bersekolah tu sampai 6..7..orang tak ke memberi bebanan kepada ibu bapa....kalau anak seorang ...dua...boleh cakap senanglah...fahamilah masalah orang lain...jika kita mampu kita bersedekahlah berapa banyak pon...tapi janganlah sampai menyusah orang yg tidak berkemampuan...ade yg sampai tak menyengolahkan anak kerana tak mampu untuk membayar duit yuran....dulu masa saya sekolah agama rasayan yuran tak sampai pon RM 10.00...
ReplyDelete