Sidang Media saya bersama Pihak Media dan Orang Asal
Hutan Kayu Bakau Musnah
Orang Asal Demo bantah hutan Bakau Musnah
Isu ini dapat Liputan Luas Dari Pihak Media
Lebih 50 nelayan Orang Asli di Kampung Teluk Jawa mendesak penyelesaian
bagi masalah pencemaran laut yang didakwa akibat pembangunan terletak
kurang tiga kilometer di kawasan mereka.
Tok Batin, Rosti Bintik mendakwa, kehidupan hampir 100 penduduk di situ
adalah bergantung kepada sumber laut sebagai punca rezeki, semakin
terjejas
Menurutnya, sejak 2010, keadaan di perairan tempat mencari rezeki
semakin meruncing apabila projek pembangunan di persekitaran yang
didakwa di kawasan hutan bakau yang menjadi lubuk nelayan mencari hasil,
dimusnahkan.
“Pembangunan ini sejak 2003, namun keadaan semakin kritikal setahun
kebelakangan ini. Kami pernah mengajukan permasalahan ini pada pihak
berwajib namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat.
“Fahamilah keadaan kami. Di mana harus kami cari rezeki jika sumber
pencarian kami terjejas? Malah telah dua minggu kami tidak turun ke
laut.
"Bagaimana kami mahu beri keluarga makan dan anak hendak bersekolah?
Kami tidak pandai kerja di darat kerana tidak memiliki kelayakan,”
katanya pada sidang media di sini, semalam.
Rosti berkata, jika dulu, nelayan di situ mampu meraih RM80 hingga RM100 sehari, kini hanya RM20 dan ada kalanya hampa.
Katanya, pokok bakau di pesisir pantai itu menjadi lubuk ketam, udang, jinjang dan ikan, kini telah ditebang.
Wartawan Sinar Harian turut dibawa menaiki bot melihat sendiri kawasan pembangunan dan pokok bakau yang dimaksudkan.
Bersama Penyelia Pusat Aduan Rakyat Syed Othman Syed Abdullah ,
No comments:
Post a Comment