Aug 3, 2011

Persatuan Kontraktor Melayu P.Pinang dakwa MCA RASIS pertikai tender terbuka kerajaan PP

Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memuji dan menyanjung Ketua Menteri Lim Guan Eng yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar.

Sehubungan dengan itu, persatuan kontraktor tersebut telah mengecam kenyataan perkauman Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican berkata MCA melakukan penghinaan itu apabila menuduh Guan Eng sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor Bumiputera.

“Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri.

Katanya, dalam sistem tender terbuka, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” tambah beliau.

Izham berkata bahawa walau pun persatuannya mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti, termasuk UMNO, perjuangan mereka adalah khusus untuk membela warga kontraktor.

Menurutnya, banyak kontraktor telah gulung tikar dan pihaknya merayu kepada Kerajaan Pusat supaya dapat membantu menangani masalah itu.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan YAB Ketua Menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan.

“Seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengenepikan kaum Bumiputera di dalam industri pembinaan.

Sebagai pemimpin, Guan Eng bersikap terbuka walau pun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri, tambah beliau.
@pantherian - Ibarat "penampar atau buku lima" diberikan kepada MCA oleh PKMM (P.Pinang) yang didakwa melakukan tuduhan melulu kepada kerajaan PP dan mempertikai kewibawaan kontraktor Melayu PP.
 Lemparan perkataan "RASIS" kepada MCA amat bertepatan kerana jelas menunjukkan mereka cuba bermain "API " dengan mempertikai kelayakan kontraktor Melayu PP dan mahu kontrak diberi kepada kaum Cina. 
Dalam sistem terbuka, tiada istilah ia diberi berasaskan warna kulit atau sokongan seseorang kerananya ia dinilai melalui harga sebutharga dan dokumen teknikal .Sebagai Engineer yang terlibat dengan projek, aku amat faham akan sistem tender terbuka ini yang mempraktikkan penilaian sebegini tanpa berasaskan warna kulit.

MCA bakal tumbang di PRU13 akan datang jika masih ikut rentak UMNO bermain RASIS perkauman.

Dalam 2 atau 3 hari ini mahu juga mendengar SUARA UMNO PP, Senatak EZAM,PERKASA,Silat Lincah (Omardin),Suara Ank2 Mamak (Ghani Seluar Dlm)terhadap sikap biadap MCA (Tan Chen Liang).
Adakah Mamak Ghani mahu hantar Bra dan Seluar Dalam kepada Tan Chen Liang ?
Atau 
Ezam dan PERKASA berdemo di depan Pejabat MCA PP?
 



No comments:

Post a Comment