Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?-TGHH
PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman
Kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.
Ia tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.
Soalan Cepu emas :
siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?
Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?
Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?
Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion?
Kemanakah pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar?
UMNO memang pengkhianat bangsa MELAYU terutamanya di KELANTAN.Hak royalti dinafikan.Bantuan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS.Sebaliknya diberi kepada pemimpin2 UMNO.Sudahlah UMNO....cukup-dan cukuplah.Jangan bermimpi nak bersatu dengan PAS lagi.Bukan pemimpan2 PAS yang tak mahu. AKAR UMBI PAS PUN TAK MAHU..... Sory ye.....
ReplyDeleteKesian , orang PAS banyak tak dapat habuan sejak dulu lagi, tapi Allah itu maha Pengasih hidup juga mereka. Tiba tiba nak ajak depa pula bersatu.
ReplyDeleteTak patut. untok kepentingan sebelah sana pulak.Banyak peluang peluang untok mereka dulu tak dapat. Malah ada yang kata undi PAS dapat apa.