Aug 6, 2010

Punca Banjir Lapan Kali Banjir di Kg Setanggi & Kg Tok Siak Buat Demo








Siapa yang tidak marah, kalau dalam masa tidak sampai setahun sejak Februari 2010 sudah 8 kali Kampung Setanggi & Kampung Tok Siak banjir.

Banjir tersebut pastinya mendatangkan kerugian yang cukup banyak kepada penduduk atau diistilahkan sebagai trauma. Pantang hujan adalah sahajalah andaian dan persepsi akan timbul.

Kadak & Kadar pastinya datang dari Allah Tuhan Sekian Alam. Bukankah asbab dan kejadian yang berlaku itu ada hikmah disebalik musibah bagi makhlukNya yang mengambil peringatan dan pengajaran.

Tangan-tangan rakus manusia hasil aparat-aparat jahil dan korup menjadikan rakyat sebagai mangsa, sedar tidak sedar di sana ada ahli keluarga kita yang mesti diselamatkan. Bukan sahaja banjir kerana air bah tetapi paling malang kalau ianya bah maksiat.

Kita tinggalkan persoalan tersebut buat manusia yang mahu berfikir. Kejadian banjir ini menyebabkan penduduk kampung lebih kurang 300 orang atau kurang lebih 100 keluarga cukup bimbang bilamana hujan turun dengan lebat pada waktu malam.

Kampung ini dibuka selepas lima tahun negara ini merdeka iaitu tahun 1963 dan masih ada lagi warga penduduk awal yang membuka kampung tersebut masih hidup biarpun keadaan uzur seperti imam kampung tersebut yang sudah buta.

Hasil tinjauan kami baru-baru ini bersama penduduk satu rumusan telahpun dibuat. Punca banjir tersebut adalah disebabkan anak Sg Tampoi yang melalui kampung tersebut telah dikecilkan dan diempang menjadi kolam disempadan Kg Setanggi dan Kg Hajah Hasnah Ahmad yang menyebabkan air tidak mengalir semulajadi terus kelaut.

Sesetengah kawasan yang yang rendah ada yang mencecah paras dada sehingga banjir dan majoritinya paras pinggang. Dikampung tersebut terdapat orang-orang tua dan kurang upaya yang dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan duduk atau berdiri tidak tahu hendak kemana.

Banjir tersebut cukup cepat naik dan surut paling lama mengambil masa empat jam dan peruntukkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat dihulurkan kerana JKM mensyaratkan mestilah banjir tersebut melebihi enam jam.

Anak Sg Tampoi tersebut dikecilkan oleh pemaju Tebrau Teguh Berhad yang sedang rancak membina tapak dan struktur rumah-rumah flat untuk penempatan semula setinggan yang diberi nama Perumahan Melayu Iskandar.

Penduduk sepertinya tidak mampu untuk mengemas rumah kerana lapan kali banjir yang melanda kampung membuatkan penduduk kini semakin hilang sabar dan menuntut pemaju Tebrau Teguh Bhd dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor turun padang membayar gantirugi diatas kerugian yang ditanggung selama 8 kali banjir.TErima kasih Pas JB

No comments:

Post a Comment