Aug 22, 2010

Pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin adalah wajar diberi perhatian oleh Umno songsang

Aku rasa Asri adalah orang yang layak komennya diangkat sebagai menutup isu yang cuba dipolitikkan Umno ni. Selain dari latarbelakang agama yang luas, beliau jugak dilihat tidak berpihak pada mana mana parti siasah, setakat ni la. Jadi pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin adalah wajar diberi perhatian oleh puak puak bangsa Umno songsang ni.

Isu khutbah, menjadi isu hangat di Pulau Pinang bilamana dikatakan ada beberapa masjid yang sengaja menggugurkan nama Agong ketika berdoa di khutbah kedua Jumaat dengan meletakkan nama ketua menteri Cina Lim Guan Eng sebagai ganti. Mereka telah dengan suka menuduh ini adalah arahan dari kerajaan Pulau Pinang.

Bagaimanapun ketua menteri dan timbalan ketua menteri 1 telah menafikan arahan rasmi dikeluarkan pada semua masjid masjid di Pulau Pinang dan tidak teragak agak mengambil tindakan sekiranya ada yang melanggar arahan tersebut.

Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat. Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

"Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan," kata beliau.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya.



No comments:

Post a Comment