Aug 30, 2010
Bersama Penduduk Kg Tok Siak & Kg Setanggi Serah Memo ke Nusajaya
Penduduk Kg Tok Siak & Kg Setanggi mara setapak lagi, bosan dengan sikap pemaju Tebrau Teguh, Upen Johor dan pemimpin politik setempat sebahagian penduduk bertindak beramai-ramai ke Pejabat Menteri Besar Johor di Nusajaya.
Memorandum dan tandatangan beramai-ramai penduduk diserahkan bagi meminta Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman untuk campur tangan segera bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlaku lebih 8 kali dalam masa setahun.
Walau bagaimanapun Menteri Besar Johor tidak turun dan dikhabarkan sedang mengadakan mesyuarat exco dan memorandum ini diterima dengan diwakili oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil.
Terdahulu sebelum itu berberapa pemimpin politik setempat cuba mempengaruhi penduduk dan sesetengahnya diugut untuk tidak pergi beramai-ramai ke Nusajaya dengan diberikan payung dan t-shirt berlambang dacing serta diugut tidak akan menerima bantuan sebanyak RM 300.
Ramai penduduk yang berbelah bahagi dengan situasi ini, sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak ini menandakan mereka sekali lagi cuba memanipulasi rakyat dengan gula-gula yang tidak seberapa seolahnya ini adalah kempen pilihanraya.
Di Nusajaya lain pula halnya, rombongan penduduk kampung disambut dengan kehadiran anggota polis berpakaian preman yang cukup ramai kira-kira 50 anggota dipercayai dari pasukan bermotor ninja, cawangan khas, polis dari balai Nusajaya juga dari IPD Johor Bahru Utara dengan dibantu pengawal keselamatan kompleks kerajaan Johor Nusajaya.
Penduduk hanya dibenarkan seramai 6 orang untuk naik keatas tetapi setelah berunding beberapa kali, semua rombongan yang hadir berjaya naik dan meluahkan sendiri hasrat dan aduan mereka kepada Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil.
Bangkit demi menuntut hak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment