PAS menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa pemimpin parti itu tidak turun untuk membantu kempen ceramah di Hulu Selangor.
Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, PAS sentiasa memberi komitmen membantu merencanakan jentera Pakatan Rakyat (PR) sejak awal lagi.
"Dakwaan itu tidak benar kerana sejak dari awal kita telah menurunkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga pemimpin tertinggi yang lain.
“Mungkin kerana Hulu Selangor ini besar seluas Melaka, jadi kita terpaksa bertebaran setiap malam untuk berkempen," katanya.
Beliau turut menjelaskan jadual yang cukup ketat menyebabkannya tidak cukup masa memenuhi jemputan yang ada.
“Dakwaan itu adalah tidak benar kerana kita telah hadir sejak hari pertama lagi, malah saya sendiri baru pergi ke beberapa buah daerah mengundi sahaja kerana jemputan yang begitu ketat selain masa yang tidak mencukupi,” katanya.
Sementara itu, tokoh disegani ramai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka menyampaikan ceramah perdana pada malam esok.
No comments:
Post a Comment