HULU SELANGOR 19 APR: Selepas calon Bebas, VS Chandran menarik diri dari pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, lapan jam kemudian seorang lagi calon Bebas, Johan Mat Diah pula berbuat demikian.
Ia sekaligus menjadikan saingan kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya melibatkan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan calon Barisan Nasional, P Kamalanathan.
Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah memutuskan untuk tidak bertanding kira-kira tiga jam selepas melancarkan bilik gerakannya.
Johan mengemukakan borang menarik diri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kira-kira 9.30 malam semalam.
Mengikut portal berita Malaysia Insiders, perkara ini sudah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Jam 12 tengah malam adalah tempoh akhir bagi mana-mana calon untuk menarik diri.
No comments:
Post a Comment