Showing posts with label .MESYUARAT. Show all posts
Showing posts with label .MESYUARAT. Show all posts

Apr 23, 2012

KEBAJIKAN GERUNKAN UMNO


PONTIAN – Slogan Negara Berkebajikan nyata meningkatkan tahap kegerunan kepada UMNO kerana PAS telah menterjemahkannya tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Syed Othman Syed Abdullah, ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, suatu ketika Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pernah menyebut bahawa Johor yang berstigma kubu kuat Barisan Nasional sudah tidak boleh lagi dibanggakan.


Hal ini dakwanya kerana, gerakan Islam PAS telah mendahului UMNO dalam menggerakkan aktiviti kebajikan dan menyantuni rakyat terbanyak.

“UMNO tidak mampu sebagaimana kita buat. kita telah lahirkan tokoh-tokoh yang boleh bagi sumbangan secara ikhlas. kalau ada RM10 boleh bagi RM5 untuk perjuangan.

“Saya ada seorang kawan di Kedah. Dia cerita hasil menoreh getah. Sekeping getah boleh dibagi dua kerana kita telah jalani proses tarbiah. Ini beza UMNO dengan PAS,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pontian kali ke 25 di Dewan Pusat Tarbiah PAS Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.

Sementara itu, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas berkata kejayaan PAS menyantuni rakyat dengan aktiviti kebajikan di negeri ini kerana memanfaatkan pengaruh media.

Tambahnya lagi, rakyat sebenarnya ingin tahu perkembangan terkini parti Islam itu maka peluang menyebar-luaskan penerangan berkenaan aktiviti tersebut wajar difikirkan dan digerakkan secara maksimum.

“Saya ikut perkembangan gerak kerja PAS Pontian melalui (facebook) Mtd Pas Benut. Rakyat lihat  dan orang kenal PAS (melalui media alternatif). Kalau dulu susah nak lihat orang Cina bersama PAS. Tapi hari ini, PAS Pontian mampu menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) seperti hari ini,” katanya lagi.

Tinjauan turut mendapati, kira-kira 30 orang ahli DHPP telah menyarungkan baju berwarna kuning pada majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini.

Jun 15, 2009

MESYUARAT PAS KAW PASIR GUDANG



Mesyuarat Pas Kawasan pas gudang sedang berlangsung kali 2 ..Ydp Kawasan sedang beri ucapan aluan ,Ydp menerangkan sedikit isu kerajaan perpaduan supaya ahli tak terpengaruh dengan pihak media .