Jun 17, 2012
Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Peringkat Negeri Johor Berjaya
12:02 PTG Nusajaya Kini
SAGIL - Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor yang diadakan semalam dianggap telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Rekod kehadiran ahli dan penyokong PAS di setiap program yang dianjurkan cukup memberansangkan.
Menurut Tuan Haji Ghazaley Ayub yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, sasaran 10,000 ahli dan penyokong PAS yang hadir ke semua program yang telah disusun telah tercapai.
" Untuk jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain, anggaran hadirin yang hadir adalah lebih dari 2000 orang. Pada sebelah petangnya, kita anjurkan program hi-tea bersama pimpinan PAS dna hadirin yang hadir juga dianggarkan melebihi 1000 orang. Pada kemuncak malamnya, hadirin yang hadir ke program munajat dan ceramah adalah melebihi 5000 orang. Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada himpunan hijau ini adalah sekitar 10000 orang"
"Saya melihat ini merupakan perkembangan yang cukup baik dan menarik bagi PAS Johor. Kehadiran hadirin ke program kita sejak akhir-akhir ini cukup memberangsangkan. Saya lihat golongan muda adalah golongan yang banyak hadir ke program kita. Masyarakat pelbagai kaum juga cukup selesa dengan program kita sekarang. Ia mengambarkan PAS mula mendapat tempat di hati penduduk negeri Johor", ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkenaan banner yang dianikkan oleh JKKK Kampung Sagil yang menyatakan bantahan terhadap kehadiran Presiden PAS dan YB Salahuddin Ayub, beliau mengulas bahawa PAS Johor tidak akan melayan provokasi yang cuba dilakukan ini.
"Saya melihat bendera yang mereka pasang bagi menyaingi bendera PAS adalah salah satu proses demokrasi. PAS tidak ada sebarang masalah. Banner yang mereka naikkan juga kita anggap sebagai bukan provokasi yang keterlaluan"
"Alhamdullillah program yang dianjurkan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang provokasi. Saya ucapkan kepada Ketua Kampung Sagil dan Ketua Pemuda UMNO bahagian yang memberikan kerjasama yang baik kepada kita dan tidak dilupakan juga anggota keselamatan. Kawasan ini adalah kawasan baru bagi kita dan dengan kehadiran ramai orang pada malam ini dan juga penduduk kampung, ia akan menjadi perintis kepada kawasan Sagil ini", jelas beliau ketika dihubungi wartawan Nusajayakini.
Tetamu yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat Negeri Johor adalah Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Salahuddin Ayub, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim. Sumber Nusajaya Kini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment