Jun 11, 2012

Bapa Mohon Penjelasan JPN


Mohd bersama anak Perempuan sulungnya

Letih mengadu dan mendengar jawapan  daripada pihak terbabit, Encik  Mohd  berasal dari  Sabah sekarang menetap di Seri alam Pasir Gudang Hampir 18 tahun, tampil menemui PAR  dengan harapan pihak yang bertanggungjawab membuka mata terhadap masalah yang dilaluinya selama ini. Mohd  memberitahu anak perempuannya  tidak memiliki kad pengenalan dan surat beranak sehingga pihak  sekolah tak benarkan anak belaiu masuk sekolah dakwa beliau

"Saya tidak menyalahkan pihak Sekolah dalam hal ini… cuma apa yang saya kesalkan ialah kegagalan pihak tertentu dalam mengeluarkan surat beranak dan kad pengenalan anak saya sehingga menimbulkan kesulitan seperti ini," katanya. hanya anak saya yang sulung ini sekarang dah berumur 16 tahun  yang belum selesai,... empat lagi adik beradik sudah memilik surat beranak masing masing kerana mereka lahir di Johor kecuali anak perempuan saya yang ini sulung lahir di sabah

Menurut Mohd  lagi, berbekalkan harapan agar masalah tersebut dapat diselesaikan segera, beliau pergi ke JPN Pasir Gudang  bagi mendapatkan penjelasan namun semuanya sia-sia sahaja.

"Bayangkanlah setiap kali saya saya membuat susulan di JPN Pasir Gudang, mereka akan mengatakan "tunggu" ataupun menyuruh saya membuat rujukkan JPN Putra Jaya Walaupun penat, namun saya tetap berusaha lagi.

"Saya betul-betul tidak tahu mahu buat apa lagi. Semua dokumen yang lengkap sudah diserahkan. Semua perkara yang diarahkan pun saya sudah lakukan, tetapi jika saya membuat susulan berkenaan hal ini, sama ada  mereka tetap memberikan jawapan yang sama "tunggu". Jadi apa lagi yang perlu saya buat? Takkanlah nak duduk diam dan tunggu saja! Gelaplah masa depan anak saya nanti…" tambahnya.

Sambil memohon maaf, Mohd harap supaya masalahnya itu dapat di pandang serius oleh pihak berkenaan.

"Sudahlah wang, tenaga dan masa habis dilaburkan semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan anak saya…. Tambah sakit hati lagi bila terasa diri menjadi pelarian di bumi sendiri…. Jadi kepada pihak yang mempunyai autoriti dalam hal ini, tolonglah…tolong saya" rayunya.

No comments:

Post a Comment